DUIT BELANJA SIKIT
"Yalah umi", sahut Kak Long dan menggerakkan adik-adik ke sekolah pagi itu.
Noha bangun sambil berteleku di tepi dinding berhampiran bilik air.
"Cepat Noha mandi nanti lambat" saya melihat noha dan sejurus itu saya beredar menyediakan sarapan. Pagi ini saya membuat donat , kueh kegemaram anak-anak. Tentu ada yang akan bawa bekal ke sekolah nanti bisik saya.
Saya lihat Noha maseh berteleku di situ. Saya lihat Noha seperti sedang menunjukkan protes, 'tidak mahu ke sekolah'. Saya mendekati Noha. Saya belajar banyak perkara mengenai sikap anak-anak yang rajin dan kurang rajin. Noha adalah kategori anak yang rajin.
Kebiasaan nya dia tidak bermasalah bangun pagi untuk ke sekolah.
Pagi ini dia berjalan berinsud-insud macam siput perlahan-lahan membuatkan kakaknya stress.
"Cepat Noha! Kak long tinggalkan kalau lambat siap" bentak kak long yang melihat Noha tidak lagi masuk bilik air untuk mandi. Akhirnya saya lihat dia masuk juga ke dalam bilik air. Selesai mandi Noha bersiap dengan perlahan sekali.
Di meja makan saya tanya" Kenapa Noha, tak siap kerja sekolah ke lupa ya?" sahut saya sambil memasukan donat ke dalam tapawere untuk bekal anak-anak. Noha menggelengkan kepala.
"Kenapa macam takda mood nak gi sekolah?" tanya saya lagi.
"Sakit perut ke?" Noha geleng kepala lagi.
"Ada barang yang lupa nak beli untuk bawa ke sekolah ke? tanya saya lagi.
Noha geleng kepala sambil menyuapkan donat kat mulutnya. Donat makanan kegemaran tentulah di kunyah hingga habis baru di telan. Gembira melihat anak makan dengan berselera.
Noha geleng kepala sambil menyuapkan donat kat mulutnya. Donat makanan kegemaran tentulah di kunyah hingga habis baru di telan. Gembira melihat anak makan dengan berselera.
"Umi." "Umi" tiba-tiba Noha bersuara..
"Haaa! Kenapa?" saya memandang sicomel saya sambil ingin mendengarnya dengan baik.
"Tarmizi budak kelas Noha asyek minta duit je" Noha memberitahu sambil matanya tepat pandang muka saya. Patutlah Noha seperti tidak ada mood nak ke sekolah, ini masalahnya.
Disini saya dapat merasakan dia tidak dapat mengelakkan diri dari diganggu oleh kawan sekelasnya. Biasanya kanak-kanak ini dia bukan ingin membuli tapi dia tahu ada kawannya yang mampu beri apa yang dia inginkan. Nak minta dari ibu ayah belanja lebih takut jadi mereka akan beri alasan nak pinjam atau minta belanja daripada kawan.
Noha mungkin tidak minat berkawan dengan kawan sekelasnya itu. Jadi dia menjadi masalah padanya untuk tidak mengatakan 'tidak boleh'.
Hari itu saya beri Noha lebih duit belanja. Saya beritahu Noha "okey nanti jika Tarmizi nak pinjam lagi, berilah ya, tapi tanyalah padanya bila nak bayar". "Bolehkan Noha kata macam tu"
Noha hanya mengangguk sahaja. Sebagai ibu rasa lega sikit bila Noha ada semangat mahu ke sekolah pagi itu.
Apabila balik dari sekolah, sesuatu yang pelik berlaku. Rupanya Noha hanya balik memakai stokin sahaja tanpa kasut sekolah. Nak gelak ada, kesihan pun ada. Pelik memang peliklah.
Bila di tanya rupanya dia tidak jumpa kasut setelah keluar dalam bilik bacaan yang disyaratkan membuka kasut bila murid masuk ke dalam Perpustakaan.
Ketika itu saya terpaksa telephon suami untuk balik awal membeli kasut sekolah. Saya membeli kasut sepasang saja seorang kerana bajet persekolahan saya sediakan untuk enam orang anak. Ketika itu dua orang di sekolah menengah dan empat orang di sekolah rendah.
Ketika itu juga skim SPBT iaitu mendapat buku teks cuma pada pelajar kurang mampu sahaja. Jadi kami perlu membeli buku teks dan pakaian sekolah untuk enam orang anak.
Berbaloi baik dengan jiran
kurang menyusahkan suami
Oleh kerana saya memang rapat dengan jiran maka mereka pun agak faham saya mempunyai perbelanjaan yang besar dengan anak ramai. Agak lewat juga suami saya balik kerana Kuala Lumpur sukar dijangka kesesakkan jalanrayanya. Dengan ini jiran saya menawarkan menggunakan kasut anaknya yang meseh boleh diguna lagi untuk dipinjamkan pada Noha.
Kasut baru hanya kami beli bila hujung minggu. Senyum meleretlah Noha dapat kasut baru dan botol air ada penyedut pula untuk di bawa ke sekolah nanti.
Mendapat barang baru
terapi bangun awal kesekolah
dengan riang.
Mengenai kawan sekelas yang suka minta duit itu, kata Noha dia beritahu pada kawannya itu, "umi marah beri pinjam duit pada kawan". Saya hanya senyum mendengarnya.
Noha rupanya berjaya selesaikan sendiri masalahnya.
Noha rupanya berjaya selesaikan sendiri masalahnya.
Noha juga beritahu Tarmizi, duitnya telah beli makanan dan hari-hari Noha bawa bekal air, sambil menunjukkan botol air minuman kesukaannya.
end.
end.