Saturday, 5 August 2017

ARA DI JALAN TENGKU ABDUL RAHMAN


"Umi berbuka KFC, ya" Anak-anak mula teruja setelah penat berpusing di jalan TAR membeli baju kurung, tudung juga baju melayu lelaki di bazar ramadhan jalan TAR."okey" kata suami saya. Makanan kegemaran juga telah di beli awal-awal di bazar ramadhan sebab jika makin lewat petang suasana akan sesak di bazar Jalan Tungku Abdul Rahman.

 Peristiwa ini sekitar 2002. 


Bukan sekadar keselesaan dengan kegembiraan
Melihat suasana merasai Ramadhan
Kami menjalin kaseh kekeluargaan
Cintai mereka dan membahagiakan mereka.


Kami sekeluarga telah menyewa hotel bajet di sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman untuk beli baju raya. Telah tiga tahun kami berbuat demikian, menyewa hotel bajet di Jalan TAR untuk membeli baju raya. Siang harinya kami berjalan disepanjang jalan TAR. Malamnya kami akan ke pasaraya Sogo sahaja. 

"Tahun ni abang nak belanja hand-beg" kata suami saya. 

"ya ke! ...".Saya senyum meleret kegembiraan. 

"Nanti kak Long nak teman umi beli hand-beg". Anak sulung saya yang rajin menemani saya shooping. 

"Nak ikut jugak" sahut  anak saya yang lainnya. 

"Nak ikut jugak" sahut yang lain pula. 

"Semua pergi, tambah seorang sepasang baju lagi untuk raya ni" Beritahu suami saya."

"Wahh bestnya" "Tapi yang nak cari seluar di Sogo boleh tambah juga ke?". sahut anak yang lainnya. 

Al maklumlah anak ramai. Ketika itu kami di anugerahkan sembilan orang. 

"Boleh, tambah sepasang je tau" sahut suami saya. 

"Yehh!!" anak-anak bersorak. 

Spontan suami saya mengingatkan pada kami anak-beranak, "Sebut Alhamdulillah" semua gelak, dan menyebut "Alhamdulillah " serentak. 

Kegembiraan anak-anak adalah pembuka rezeki
Hargai anak-anak muga kita dikasehi mereka.


Setelah membeli barangan anak-anak saya maseh memilih hand-beg yang sesuai dan dalam barjet keluarga. Pernah juga suami tanya mengenai Hand-beg berjenama terkenal yang harganya juga mahal. Tapi saya pilih yang sederhana sahaja sebab banyak lagi yang harus diutamakan dalam kehidupan kita.

       
Berbelajalah mengikut keperluan
berusahalah mengawal diri 
berbelanja dengan kemampuan.


Anak-anak yang kecil mengekori suami saya pulang ke hotel. Saya maseh shooping lagi sebab masa shooping dilanjutkan sehingga lewat sedikit. Sedang asyek memilih handbeg saya menerima panggilan telephone dari abang. 

"Barang hilang!" suara abang nampak cemas. Saya terkejut. Saya masih dengar suami berkata  "Balik sekarang barang hilang!".

Oleh kerana agak kurang jelas dengan gangguan suar-suara promosi jualan murah, saya keluar dari bahagian jualan handbeg ke kawasan agak tenang sikit. 

"Banyak ke atau semua barang hilang!?" kata saya kepada suami. Saya ketika itu bayangkan bilik hotel saya mungkin telah di masuki pencuri.

"Bukan Ara hilang!!" kedengaran kata suami yang sedikit kuat. saya terdiam. 

"Ara Hilang!!" saya ulangi kata-kata suami saya. Ketika itu belum lagi mendengar jawapan "Ya" dari suami, berderau darah saya.  NNafas saya seter-merta berhenti. Jiwa saya melayang jauh, jauh, jauh entah kemana. 

"Ya, cepat datang sini!" kata abang, seperti seorang Jenderal mengarahkan pasukannya bergerak. Namun jika itu bukan arahan pun saya akan bergerak segera. 

Semangat saya hilang ketika itu. Saya rasa dunia saya kosong seketika. Kosong sekosong-kosongnya. 

"Astagfirrullah ya Allah Ya Allah Ya Allah" hati saya amat gusar yang tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu. 

Saya terus melepaskan hand-beg di tangan yang belum dibayar dan keluar dari pusat membeli-belah Sogo. 

"ALLAH sahaja yang mampu menyelamatkan."


Sampai di depan peniaga barangan tepi jalan itu suami saya sedang berdiri bersama 3 orang anak. Warna-warni malam dan keriuhan peniaga tidak terasa sedikitpun kemeriahannya.

"Kat mana ara hilang?" tanya saya. 

Menurut cerita suami yang bersama-sama anak-anak, dia membelikan ais-cream. 

"Anak-anak tidak bergerak, mereka tunggu aiscream di sini" kata suami saya. 

Berhampiran dengan tempat mereka berdiri ada promosi jualan belon-belon, meriah dan cantik"

"Tadi ara juga sedang makan ice-cream, mereka lihat peniaga menjual belon tu." sambil tunjuk penjual belon yang asyek melayan pelanggannya. 

"Anak-anak tak bergerak pun dari sini, tiba-tiba bila abang pusing, abang lihat Ara tak ada" kata suami saya. 

"Semua kata tak tahu mana Ara" 

Masing-masing sedang seronok lihat belon bueh sabun yang berterangan di udara tu. 

"Abang dah cari merata tapi tak ada" kata suami saya.

Fikiran saya tidak dapat fokus untuk memikirkan apa yang patut saya lakukan. Malam yang gelap terasa semakin gelap. Hiruk pikuk peniaga menjual  ais-cream dan belon tenggelam, tanpa suara dan seperti bisu. Kaki saya seperti tidak jejak di bumi. Di dalam hati berkecamuk, bermacam-macam kejadian ngeri akan menimpa seorang kanak-kanak 3 tahun. Terbayang berwajah lembut puteh duduk sendirian tepi banggunan tanpa penjaga. 

"Ahhhhhhh!!"

"Ya Allah selamatkanlah anak aku?". Deraian air mata saya mencurah tanpa tangisan dan esakan yang kedengaran. Saya cuba beristighafar menenangkan perasaan. Sesekali saya merintih minta di kasehani Nya.

"Ya Allah kenapa anak aku yang hilang? aku mohon lindungi anak aku ya Allah" sesekali juga datang gambaran jahat yang tidak dapat saya gambarkan. Cuma satu sahaja ada dalam fikiran saya.

"Allah ya Allah selamatkan anak aku yang masih kecil dan tidak berdaya".
"Ya Allah ampunilah dosa ku dan suami ku"
"Ya Allah lindungilah anak ku dari segala malapetaka"
"Ya Allah  lindungilah anak ku selamatkanlah dia "
"Ya Allah pertemukan lah semula anak ku dengan kami, nescaya aku akan menjaganya sebaik mungkin amanah Mu" saya tidak henti-henti merintih pada Allah swt.

Saya rasa ingini dikasehani Nya. 

Entahlah tidak tahu berapa banyak saya berdoa merintih mengharap kaseh ALLAH dan PERTOLONGAN ALLAH  ketika itu. Saya benar-benar merasakan saya dan suami tidak dapat dan mampu berbuat apapun selain PERTOLONGAN YANG MAHA ESA.

Sungguh aku bersujud, 
kurniaan Allah Maha Hebat 
dan tiada tolok bandingnya.
Ya ALLAH aku tidak berdaya.


Cerita suami yang bermula dia bersama-sama anak-anak membeli ais-cream. Hujung ramadan menjadikan jalan TAR menjadi tumpuan pengunjung membeli-belah persiapan saat akhir raya. Keriuhan dan lampu warna warni mengiasi sepanjang jalan.

Saya melihat arah penjual belon, kata hati saya "Tak mungkin Ara ke situ".

apabila saya menoleh kearah mainan kanak-kanak. Hati saya juga berkata "Anak-anak suka mainan dan biasanya kami akan ke kedai mainan untuk mainan".

Saya pasti ara tidak akan ke tempat mainan, tetapi saya perhatikan  juga arah penjual mainan. Ara memang tidak ada di situ. Pasti. Namun saya tetap juga pergi meninjau samada Ara ada di situ. 

"Tiada." Berderau darah saya bila suami saya kata dah pusing banyak kali tetapi Ara tak ada.

Saya memasuki celah-celah deretan van penjual di tepi jalan berdepan dengan Jalan Tengku Abdul Rahman. Jalan raya sedikit lengang dari kenderaan lain, maklumlah hari dah lewat malam. Seingat saya ketika itu hampir 12.00 tengahmalam.

Entah berapa  kali saya berpusing-pusing di sekitar gerai itu sahaja sehingga di kawasan jalan raya yang telah lengang malam itu. 

"Ara! Ara ! Ara mana Ara" saya memanggil namanya berkali-kali.

Entah berapa kali saya meninjau belakang ven puteh untuk memastikan anak saya ada di situ. Di hati saya tidak henti-henti merintih mengharap belas dari ALLAH taala. 

Berkali-kali saya berpusing di sekitar situ sahaja kerana saya yakin anak saya tidak jauh dari situ. Saya dah tak fikirkan apa-apa pun ketika itu. Saya memohon Allah taala menjaga memelihara anak saya,

Di media sosial sering juga melapurkan banyak kejadian kes  culik dan pembunuhan kanak-kanak. Seingat saya dalam bulan itu ada yang dilapurkan melalui surat khabar majalah dan tv kejadian kanak-kanak 6 tahun diculik dan di buang dalam sungai di Kedah. Debaran dada saya semakin kencang. Air mata tidak dapat saya tahan lagi. Curahan air mata seperti sungai yang mengalir deras.

Saya mengharap keajapan.  Menetapkan diri dengan keyakinkan dan mengharap dan terus mengharap pada Allah swt. Saya berserah pada NYA.

Tiba-tiba saya dengar panggilan, "UMI". 
Saya menoleh kearah suara yang memanggil saya. "Ara?" saya memeluk ara. Air mata saya mengalir dengan lebih deras lagi. Saya mendukungnya walaupun ketika itu saya rasa dialah anak yang paling kecil yang wajib saya dukung dan peluk. 

Saya mencium Ara dengan deraian air mata kesyukuran. Saya amat merasakan Dia telah mengabulkan doa dan harapan menggung saya.

MASYAKALLAH SUBAHANALLAH. Tidak dapat saya gambarkan betapa KEKUASAAN ITU MILIK NYA. Saya memeluk Ara dengan juraian air mata. Saya benar-benar kalah dalam sebuah usaha, betapa Allah mendengar menyayangi dan memberi pertolongan, memperlihatkan kasehani Nya pada kita sebagai ibubapa yang memegang amanah.

"Ara pergi mana" tanya saya dengan sedu-sedan dan memeluk Ara. Ara ketika itu sedang menjilat ais-cream begitu comel dan seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku. 

"Ara duduk kat sini je".Saya terus mendukung ara, membawanya  kepada adik beradiknya yang sedang duduk menunggu kami.


Kesyukuran yang tidak Terucap
Kehebatan Kebesaran Kekuasaan NYA
SUBAHANALLAH.
Terasa Kami di Kasehi  NYA.

Dalam rasa kesyukuran itu terlintas di fikiran saya,.Bagaimanlah saya begitu cuai tidak menjaga sepenuhnya perhatian ketika itu. Sejak peristiwa itu kami tidak lagi membawa anak-anak kecil membeli keperluan mereka di pasaraya yang ramai atau sesak. Peristiwa ini juga mengajar kami tidak lagi membawa anak-anak kecil pergi shooping malam. Aktiviti membeli keperluan cuma di buat siang hari dan malam kami cuma santai-santai melihat suasana minggu terakhir ramadhan juga hari-hari terakhir membeli keperluan raya di bandar Kuala Lumpur.

Sekarang anak-anak telah dewasa. Mereka membeli pakaian sendiri juga ditemani kakak-kakaknya.

Butik-butik juga gerai-gerai pakaian sekarang dah merata-rata. Memang mudah tidak pada lima belas tahun yang lalu. Kenangan berbual dengan beberapa pengunjung dari Kedah, Kelantan malah juga ada dari Singapura datang membeli kepeluan keperluan raya di Jalan Tengku Abdul Rahman memang menarik.

END. 

















Monday, 10 April 2017

BENGKEL ANEKDOT

BENGKEL ANEKDOT

oleh : Zabidi Mohamed

pada: 1 dan 2 april 2017

tempat : Perbadanan Kota Buku



Anekdot adalah cerita juga kisah benar yang santai, lucu dan ada pengajaran.


Monday, 8 June 2015

Pengetahuan soal kesehatan anak.

Hujung minggu di Kelantan adalah hari jumaat dan sabtu. 
"Ummi, abuya balik bila" tanya anak sulung saya. "Petang nanti samailah" saya menjawab sambil menghulurkan sebotol susu pada adiknya yang demam.

"Ok, jom main basikal" kata anak saya pada adiknya setelah selesai mandi dan sarapan. Petang bila telah panas, saya tidak mengizinkan bermain basikal sebab panas dan kawasan perumahan yang baru ini lapang, tiada pokok.

Selepas mencuci baju dan lampin saya rehat seketika kerana kepenatan. Itulah saat yang biasa di lalui oleh ibu yang sedang mengandung. Saya mengandungkan anak ke empat iaitu kandungan mencecah tujuh bulan.  

Urusan anak tidak pernah berhenti. Selepas sohlat subuh, baju akan direndam dengan sabun, kerana ketika itu saya menggunakan kain lampin. Lampin pakai buang tidak porpular dan digunakan ketika bermusafir sahaja juga ketika balik kampung. 

Pagi buat sarapan dan mandikan anak-anak. Setelah mencuci baju, menyapu sampah  dan memasak.

Cuaca di luar ketika itu hujan renyai-renyai jadi saya tidak menyidai baju basuhan tadi. Anak yang paling kecil berumur dua puluh bulan, dari semalam asyek merengek-rengek sebab tidak selesa. Demam. Namun demamnya tidaklah kuat sangat setara memegang kepalanya. Dia boleh bermain dengan kakak-kakaknya. Berbasikal di sekeliling taman perumahan kami di kok Lanas.

Oleh kerana waktu asar akan tiba sebentar lagi, saya telah berwudhuk awal dan menyarung telekung. Sambil menunggu sohlat asar saya melipat baju.

Saya telah memberi minum ubat demam [panadol kanak-kanak] yang sentiasa ada dalam simpanan. Sambil melipat baju tadi anak saya merengek-rengek. Saya tahu dia tidak selesa tapi saya hanya menggosok-gosok saja badannya. Malas nak melayan renget anak demam tadi sebab saya juga letih.

Tiba-tiba saya tidak terdengar suara merengek-rengek itu, pasti dia tertidur, fikir saya. Tapi saya pun menoleh, sebab saya mahu menukarkan kedudukan tidurnya sekiranya tidak terletak di atas tilam/lembek.

MassyaAllah, saya lihat kaki dan tangannya meringkok seperti udang dan ada kebiruan [saya tak pasti bahagian mana yang biru]. Terus saya mendukung, dan memanggil jiran saya meminta tolong. Entah kenapa jiran saya tidak terdengar langsung, saya pasti tentu jiran saya belum balik lagi.

Ketika itu fikiran saya sungguh buntu, saya menangis sambil meribanya. Saya terlihat satu botol air bacaan surah yassin yang telah saya baca sendiri untuk saya minum sepanjang tempoh mengandung sebelum melahirkan. Air Yassin itu saya salawat dan siramkan di kepala anak-anak yang demam.

Subahanalla, anak saya yang meringkok iaitu sawan itu menangis kuat. Saya memeluknya dengan juraian air mata, sambil meraba-raba-raba seluruh anggotanya yang  kembali normal.  

Petang itu suami saya pulang dari Thailand. Saya menceritakan kejadian anak saya dan kami terus membawanya ke klinik berdekatan.

Dokter mengatakan anak saya mengalami sawan, tidak ada apa-apa rawatan susulan. Ketika itu baru saya tahu yang kanak-kanak memang mudah mendapat 'sawan' jika suhu badan terlalu tinggi. 

Bagai  nyawa anak saya diberikan semula pada ketika itu. Sejak itu saya tidak boleh lena bila anak saya demam atau sakit. Saya akan pastikan ubat diberi pada masa yang tepat.

Menurut doktor, kanak-kanak mudah mendapat 'Sawan'. Sawan adalah penyakit yang mungkin datang sesekali sahaja dan seandainya kurang penjagaan dan perhatian dia akan berulang. Kesannya pada tumbesaran dan IQ anak-anak. Ada kejadian tragis demam panas dan sawan boleh menyebabkan kecacatan.

Bagi seorang ibu adalah perlu mengetahui rawatan ringan dirumah agar kita tidak ambil mudah dengan demam panas atau permasalahan kesehatan lain pada anak-anak. Ibu bapa buatlah keputusan bijak supaya tidak terlambat dan menyesal.






Saturday, 6 June 2015

Hasan Al Banna dan anak-anak.


HASSAN AL BANNA


Pendidikan teras perjuangan Hasan Al Banna.

Hasan Al Banna pemimpin pejuang Islam yang masyhur. Wibawa kepimpinan tentulah bermula di rumah dan dari rumah sinar ketokohannya menyemarak menjadi pejuang islam. Belau mujadid yang mengubah pemikiran masyarakat islam di Mesir malah di dunia. 

Didikan Hasan Al Banna kepada anak-anaknya yang dipetik dari buku "Cinta Dirumah Hasan Al Banna", oleh Mohammad Lili Nur Aulia.




Disimpulkan pendidikan Hasan Al Banna di kategorikan pada 2 :


1] Bersama anak-anak:

* Makan bersama yang penuh kenangan.

* Tidak ada suara keras di rumah kami.

* Menepati masa dan menjaga masa berharga.

* Masa kecil ku;

* Menyediakan bekalan anaknya ke sekolah.

* Menguruskan rasa tanggungjawab keluarga dalam soal keperluan makan minum.

* Sikap Pada anak-anak, menjadika anak-anak  patuh tanpa perlu di perintah.

* Menyediakan wang beanja anak-anak, belanja harian, mingguan dan bulanan.

* Mengintip mahu anak patuh pada suruhan.

* Nilai hidup ada pada keImanan.

* Nasehat tidak secara langsung.

*Menyemai cinta melalui tauladan.

*Menanamkan rasa yakin pada diri anak-anak walaupun maseh kecil.

*Berinteraksi sewajarnya dengan masyarakat.

*Keterlibatan yang bijaksana.

* Setiasusaha pribadi ayah.

* Rak buku maenjadi saksi.

* Menemani anak semasa bermain.

* Kata-kata Rasulullah "Barangsiapa menyakiti Fatimah dia menyakiti ku".

* Ayah membenarkan saya menmbaca komek.

* Memuliakan tamu.

* Saya salah sendiri tak naik kelas.

* Menjatuhkan hukuman pada anak-anak.

* Memeluk anak dengan kasehsayang: sehingga maseh terasa kehangatannya.

* Anak gadis dididik dengan kewanitaan.

* Pasangan romantis suami isteri.

* Tanamkan semangat kebersamaan dengan kondisi dunia Islam.

* Mengajar meminta izin bila mengambil barangan ayah.

* Menemani anak belajar dan berbincang.

* Mengajar anak berbuat baik untuk akhirat.

* Menunaikan hak-hak keluarga.


Saiful Islam Al Banna:
"Ayah ku Pemimpin ynang telah disediakan Allah swt"


2] Sepintas bersama Hasan Al Banna:

Menyusuli pejuang Islam yang termasyhur ini:
[Lahir oct 1906 dan meninggalkan 12 feb 1949]

* Ayahnya Syeikh Ahmad Al Banna seorang ulamak fikh dan hadith.
* Jiwa keyakinan dan kepimpinan dapat di lihat ketika zaman kecilnya.
-menghafal Quran ketika berumur 14 tahun.
[pendidikannya; pagi menolong ayahnya, mengulangkaji pelajaran dan pada subuhnya membaca menghafal Al Quran].

* Daya ingatan yang kuat, pemiliran yang tajam.
* Mencintai dan mengutamakan ilmu dalam kehidupan serta pendidikan.


Kata Hasan Al Banna:

"Jika engkau mahu mengenali seseorang, kenalilah buku-buku di perpustakaannya"



* Menyediakan anaknya untuk perjuangan islam.

* Menubuhkan Ikhwan Muslimin sebagai wardah untuk perjuangan Islam. Teras perjuangannya bersama 5 rakan-rakannya adalah: 
-kebajikan dan ukhwah islamiah.[
-ilmu dan pendidikan.[baik pemikiran dan aqidah, akhlak dan amal membentuk peribadi ikhwan muslimin].  
-jihad.[Haq/kebenaran, qawwah/kekuatan dan hurriyah/kemerdekaan]



* Adalan insan Rabbani: dilahirkan mengenali Allah dan RasulNya dalam perjuangannya.
Belau adalah Mujadid yang mencetuskan peribadi Islam pada manusia di seluruh dunia.

Hassan Al Banna menjadikan asas pendidikan [bertahap] sebagai perjuangannya. Bermula membentuk peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, pemerintah muslim, Negara Islam, Khalifah Islam yang mepelopori Usatadziyatul Alam [Islam sejagat].






Wednesday, 13 May 2015

Melahrkan perlu Ketabahan.

MELAHIRKAN PERLUKAN KETABAHAN


Kaseh sayang adalah modal untuk kerukunan rumahtangga. Walaupun wanita di kahwini dengan berbagai sebab, namun jadikanlah hidup kita bererti untuk diri kita sendiri untuk menemui pencipta kita. Kitalah penyusun terulung untuk diri kita sendiri.

Di wad ibu bersalin, ibu-ibu merehatkan diri dengan seribu pengalaman berbeza. Saya baru terjaga dari lena setelah melahirkan jam 1.30 tengahari tadi setelah di hantar oleh suami sebelum pergi menunaikan sohlat Jumaat.

"Missi saya nak minta tukar cadar dan alas saya sebab dah banyak darah" saya memanggil jururawat berbangsa cina yang sedang bertugas. 

"Sekejap ya semua orang buka puasa". Kata jururawat berbangsa cina yang kecil molek itu. "Bila semua sudah masuk boleh tukar" kata jururawat itu. Saya hanya menjawab dengan senyuman sahaja.
Ketika itu saya melahirkan anak ke sembilan,  iaitu di bulan ramadhan. 

Ketika di bilik bersalin, setelah melahiran jururawat yang bertugas   telah memberi segelas susu suam. Inilah kali pertama saya dilayan begini. Syukur rezeki melahirkan anak tidak sama namun saya bersyukur kurniaan Allah taala.

"Alhamdulillah senang puan bersalin" jururawat di bilik bersalin menyapa saya. Saya hanya senyum, terasa mahu lena sahaja ketika itu. 

Melahirkan merupakan bermulanya satu perjuangan membawa insan yang akan kita galas tanggugjawab untuk mendidik mereka.
Amanah yang membawa sejuta rahmat kerana anak adalah:
@kebahagiaan & keriangan
@amanah & tanggunjawab
@menghubung kaseh antara Allah swt dan mahluknya.
Bersyukurnya mengharungi alam kehamilan berubah ke dunia kekeluargaan.

Saya tidak dapat wad 'first class' atau 'second class' kerana telah habis tempahannya di hospital Kerajaan. Ketika tahun 90an dokter ketika itu telah meminta saya lahirkan anak di Hospital Kerajaan. 

Saya mendapatkan pemeriksaan bulanan di Klinik Swasta, Dr Hasnida bertanya pada saya, "Asmah hendak bersalin di mana?".
"Sebelum ini saya bersalin di HUKM" kata saya. 
"I akan buat surat 'refrence' cuma pergi sekali sahaja untuk ada rekod di sana bila nak melahirkan nanti" Kata Dr Hasnida. 

Menurut Dr Hasnida melahirkan di Hospital kerajaan adalah terbaik kerana peralatannya lengkap dengan banyak pakar perubatan. Kebiasaannya ibu yang mempunyai banyak risiko kelahiran dinasehatkan bersalin di Hospital Kerajaan. Menurut  Dr Hasnida, saya adalah termasuk ibu yang berisiko untuk melahirkan sebab mempunyai kelahiran yang ramai dan berumur lebih dari  36 tahun.


Melahirkan memerlukan keyakinan diri. Mungkin dari segi perubatan ibu kena sihat, iaitu perlu mengambil pemakanan yang lengkap nuterisinya. Bersenam adalah saranan dokter bagi mengekalkan stemina sepanjang mengandung juga ketika kelahiran.

Saya juga seperti wanita lain sentiasa tidak putus-putus berdoa muga memudahkan kelahiran. Walaupun telah  sebelas kali melahiran dan satu keguguran, rasa bimbang berdebar-debar dan cuak tetap ada disetiap kelahiran. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana saya memang takut berdepan dengan saat-saat melahirkan.


Semasa akan kehamilan keempat, suatu pagi saya membangunkan suami, "Abang, bang sakit ni... ana sakit perut" saya mengejutkan suami. "Sakit nak buang air kot" kata suami meredakan kerisuan saya.". Jam di dinding tertera pukul 4 pagi. Saya pun bangun untuk ke bilik air tapi semacam menekat-nekan pulak, fikir saya. Saya terkejut bila melihat banyak darah dilantai. MasyaAllah. 

Ketika itu kami menyewa di Kok Lanas. Kami memerlukan 30 min untuk ke Hospital Kota Bharu. Oleh kerana minyak kereta perlu diisi suami ke stesen minyak berdepan dengan kawasan perumahan kami. Ketika itu saya terasa derauan 'air ketuban'. 

"Abang air ketuban macam dah 'pecah' ni" Saya memberitahu suami saya. "Tak pe sempat ni" suami saya begitu pasti."Rasa tak sempat bersalin di hospital, nanti bersalin dalam kete pulak" saya mula menitiskan air mata kerana takut. 

Melihat air mata saya menitis, suami membuat keputusan mengambil bidan kampung sahaja kerana saya sebelum ini pernah bersalin dengan bidan kampung. Tapi kami tidak tahu nak bertanyakan sesiapa sebab baru dua bulan pindah dari Taman Makmur Macang. Suami saya di tukarkan ke Pejabat baru di Kota Bahru sebagai Penolong Penasehat Undang-Undang Negeri Kelantan.

Suami meminta bantuan jiran kami. Kebetulan kami berjiran dengan bidan iaitu jururawat tentera, Kem Desa Pahlawan Kelantan Kok Lanas. Alhamdulillah anak saya lahir seiring dengan azan subuh di pagi itu.

Pengalaman melahirkan tanpa dokter menggerunkan. Hanya bidan dan jururawat yang bertugas sebab sedang pertukaran bertugas di wad hospital.  Saya masih ingat ketika itu jururawat bertugas menjerit, katanya "ibu ini, dah nampak kepala bayi..cepat! cepat!..". Semasa ditolak ke bilik bersalin mereka minta saya tahan jangan 'teran', "Doktor tak ada ni.." "Tak ape, pakai sarung tangan tolong saya" , saya pasti dan berdoa muga itu suara bidan ketika itu. Berderau darah saya, tapi hati tidak putus berselawat berdoa. 

Ketika di bilik bersalin jururawat minta saya beraleh katil, tapi saya minta seketika waktu menahan kesakitan. Apabila sedikit reda saya bergerak kekatil disisi untuk menanti melahirkan. Bila beralih katil dan sekali 'push' bayi telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah.

Ada juga kelahiran yang telah keluar lendir berdarah tapi saya tidak ada rasa sakit untuk bersalin. Kata dokter saya perlu rasa sakit untuk membuka 'jalan' bayi keluar. Oleh kerana 'ketuban' telah di pecahkan dokter minta saya apabila rasa sakit sikit cuba untuk  'meneran'. 

Ketika kelahiran yang susah atau lambat untuk bayi dilahirkan, 4 orang dokter pakar datang memeriksa saya sebab kebiasaannya ibu anak ramai mudah bersalin, menurut kata dokter. Namun menghadapi kelahiran sukar memperbanyakkan kita mengkoreksi pergantungan kita pada Allah taala. Alhamdulillah bayi selamat juga lahir seperti biasa. 

Anak-anak yang lahir selalunya dapat di'qamatkan' bagi anak perempuan dan di'azankan' bagi anak lelaki oleh pihak hospital. Suami akan mengulanginya bila dia datang melawat. Alhamdulillah.

Sepanjang berpantang saya urus sendiri suami isteri. Cuma anak pertama saya balik kampung dalam tempoh berpantang di mana emak membantu sepanjang berpantang 44 hari. Oleh kerana anak kami cucu sulung kepada kedua-dua keluarga, saya bergilir selang seminggu sepanjang berpantang dirumah emak mertua di Taman Peruna, Sungai Udang dan emak sendiri di Bukit baru. Segala pesan emak saya sedayanya ikuti.

Pesanan emak:
1: Jangan aniaya haiwan dan binasakan sesuatu yang ada manafaat.
2: Sentiasa sabar kerana semasa mengandung penat jadi mudah marah dan merungut.
3: Mengidam pekara pelik dan menyusahkan jangan di ikutkan hati.
4: Senangkan [jaga makan minum] suami sepanjang mengandung supaya senang melahirkan anak.
5: Jika letih berehat sebab setiap anak lain ragamnya.
6: Jika tiada bidan minyak panas kena digosok hari-hari.
7: Sarung kaki dan sumbat telinga dengan bawang puteh.
8: Makanan berpantang kena ada halia dan lada hitam.
9: Telor ayam kampung separuh masak akan beri tenaga.
10: Makan ubat mandi pagi petang.

Semasa suami saya berkhidmat di Kelantan mengurut dengan bidan kampung sebelum melahirkan adalah budaya mereka. Bidan kampung telah memberitahu, hanya melihat perut saya bidan  itu mengatakan saya akan senang melahirkan anak dan akan mempunyai anak yang ramai. Bidan itu menasehatkan saya menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita. Saya bersyukur dengan keikhlasan bidan kampung yang banyak menurunkan ilmu menjaga kesihatan.

Kata tok bidan yang maseh saya ingat hingga kini, "Muu jagoo menda tuu, kalu doh bergair ngenyar, tok laki gii kok laghin jangge maogho... tokleh nok buek ghapo". "Nih.." sambil menunjukkan 'tunku', "Janggha tingghaa, pahh duo miengguu bulehh loh kejo sikit-sikit".

Menurut bidan kampung dua minggu adalah masa yang cukup untuk 'peranakan kecut dan masuk sarang'. Urat peranakkan terletak pada ibu jari kaki.

Pesanan Bidan kampung.
1: Bertungku buat hari-hari dan dalam tempuh dua  minggu                'peranakkan' akan boleh 'kecut' sepenuhnya.
2: Jangan/elakkan makan, makanan yang sejuk dan berangin.
3: Ubat utama untuk dalam berpantang adalah manjakani.
4: Makan ubat/jamu sehingga mengandung yang akan datang.
5; Berbengkung boleh menetapkan kedudukan peranakkan.
6: Jamu atau ubatan tradisional membantu pemulihan dalaman wanita kerana wanita menjalani proses mengandung selama 9 bulan oleh itu perlu memulihkan kesihatan diri.
7: Makanlah makanan yang berkhasiat untuk pulihkan tenaga.

tips mengandung:
1: Susun jadual aktiviti seharian supaya tidak mengalami terlalu penat dan stress. (membaca quran)
2: Berusaha tidak selalu menyakiti orang terdekat terutama suami.(beristigfar.)
3:  Kasehanilah makhluk Allah seperti tidak menyakiti haiwan-haiwan. [beristigafar dan doa mengelak dari terancam dengan haiwan berbisa]
4: Berusaha menenangkan diri dengan ujian sepanjang mengandung dan belajar menenangkan diri. (berwudhuk).
5: Jangan abaikan sohlat kerana sohlat itu adalah kunci rahmat.
- menenagkan hati
-merehatkan minda
-senaman sendi secara tidak sedar.
-menambah ilmu kerana ibu mengandung akan mempraktikkan sohlat duduk maupun sohlat berbaring jika benar- benar letih.
-Sohlat adalah terapi memfokuskan minda supaya mudah mendidik anak.





Thursday, 9 April 2015

HIDUP DIRI KU KERANA NYA



Syukur adalah perasaan yang indah seandainya kita memberi tumpuan sepenuh hati dan jiwa raga. Memiliki kehidupan yang sederhana dan merasakan cukup akan melahirkan rasa syukur kepada pencipta Azzawajallah. Iringilah rasa syukur dengan DOA kerana semua kita tahu 'doa itu senjata orang mukmin'.

Ketahui lah sabda Rasulullah mengenai doa terlalu banyak. Antara kata baginda "Sesungguhnya Allah taala menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa".


Berdoalah:
1.  Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
2. Menghadirkan diri jiwa raga ya'ani khusyuk memohon pada
    Allah taala.
3. Berdoa bukan memutuskan siratulrahim. merasakan diri rendah    diri dan kerdil disisi Allah taala.
4. Jadikanlah diri menjaga makan minum jua berpakaian dengan      harta yang halal.
5. Perbanyakkan memuji Allah taala dengan Asmaulhusna jua            berselawat kepada Rasulullah saw.
6. Bersedekahlah dengan mendoakan untuk yang lain juga.



Bersedekah itu:
1. Selalu menyibarkan senyuman dan bersangka baik dengan orang lain.
2. Selalu menolong dan meringankan beban orang lain.
3.Menyenangkan hati orang dengan lisan yang baik juga adalah sedekah.
4. Berlapang dada dengan ujian dan memaafkan mereka yang menyakiti hati.



Apabila kita belajar bersyukur dan berterimakaseh membuatkan jiwa kita akan lapang, kerana kita berbuat baik pada diri kita sendiri.

Bersyukur kita di lahirkan oleh kedua ibubapa kita menjadikan kita sebagai wanita bergelar isteri dan bergelar ibu.

Bersyukur kita sentiasa redha dengan rezeki kurniaan Allah pada diri keluarga dan anak-anak akan mengurangkan rasa stress kita berdepan masalah kehidupan.

Bersyukur kita mempunyai anak-anak yang menjadikan kita ibu  mereka untuk kita berbakti pada anak-anak untuk menjadi saham akhirat dan mengutip pahala sabar dan redha pada Allah taala.

Seorang ibu seharusnya memanjatkan rasa memaafkan pada insan di sekeliling mereka iaitu suami dan anak-anak kerana memaafkan kesalahan mereka adalah kaseh kita pada mereka.

Perasaan dan rasa mengharap agar Allah kurniakan yang terbaik untuk keluarga mesti ada pada hati seorang ibu.

Seandainya tiada suami dan anak-anak, nilai kemuliaan yang Allah telah utuskan pada mahluk bernama ibu tidak akan di perolehi seorang perempuan.




BERDOALAH BERSYUKUR REDHA.

Friday, 3 April 2015

GUINNESS WOLD RECORD





Menyedari keluarga besar iaitu dengan bilangan anak yang ramai merupakan suatu keistimewaan. Banyak rekod menyatakan tentang keluarga yang di anugerahkan anak yang terlalu ramai. Saya mahu berkongsi catatan ini:

Fakta:



1.Vassilyev mempunyai 69 anak. 

Guinness World Records mencatatkan beliau adalah wanita paling subur didunia dengan 69 orang anak kandung,
Vassilyev yang tidak diketahui nama sebenarnya, hidup pada abad ke 18 di Shuya Rusia. Beliau dilapurkan telah 27 kehamilan antara 1725 hingga 1765, termasuk 16  pasangan kembar 2, 7 pasangan kembar 3 dan 4 pasangan kembar 4.



2. Gravata mempunyai 62 anak. 



Keluaga Gravata muncul dalam suratkabar pada oktober  tahun 1923 kerana kelahiran yang ke 62. Beliau menetap di Palermo Itali. Nama penuhnya Rosa Gravata.
kelahiran mencatatka dua pasang kembar 3.


3. Kirillov mempunyai 57 anak.

Berasal dari Vvedensky , Rusia. Kehamilannya sebanyak 21 kali.
Rekod kelahiran adalah sepuluh kali kelahiran anak kembar dua, Tujuh anak kembar 3 dan 4 pasang kembar 4.
Pada tahun 1755 kesemua anaknya 57 orang hadir ke mahkamah atas kes perbicaraan.


4. Leontina Albina mempunyai 55 orang anak.

Memegang rekod ibu moden dengan jumlah anak terbanyak di dunia. Wanita ini dilahirkan di Chile pada 926 dan menyatakan dirinya ibu kepada 64 orang anak. Menurut suaminya 11 orang anaknya mati ketika gempabumi. Dan kini berjumlah 40 hidup hingga dewasa.


5. Barbara Stratzmann mempunyai 53 orang anak.

Barbara dilahirkan di Bonnigheim, Jerman pada tahun 1448. Beliau dilapurkan telah melahirkan 53 orang anak kandung.  Ketika berusia 50 tahun beliau melahirkan 29 kali termasuk lima pasangan kembar 2  dan empat pasang kembar 3.
Juga sepasang kembar 6 dan sepasang kembar 7.  Namun daripada 53 anak Barbara, 19 orang meninggal dunia semasa bayi lagi. 34 lainnya hidup hingga dewasa.