Monday, 8 June 2015

Pengetahuan soal kesehatan anak.

Hujung minggu di Kelantan adalah hari jumaat dan sabtu. 
"Ummi, abuya balik bila" tanya anak sulung saya. "Petang nanti samailah" saya menjawab sambil menghulurkan sebotol susu pada adiknya yang demam.

"Ok, jom main basikal" kata anak saya pada adiknya setelah selesai mandi dan sarapan. Petang bila telah panas, saya tidak mengizinkan bermain basikal sebab panas dan kawasan perumahan yang baru ini lapang, tiada pokok.

Selepas mencuci baju dan lampin saya rehat seketika kerana kepenatan. Itulah saat yang biasa di lalui oleh ibu yang sedang mengandung. Saya mengandungkan anak ke empat iaitu kandungan mencecah tujuh bulan.  

Urusan anak tidak pernah berhenti. Selepas sohlat subuh, baju akan direndam dengan sabun, kerana ketika itu saya menggunakan kain lampin. Lampin pakai buang tidak porpular dan digunakan ketika bermusafir sahaja juga ketika balik kampung. 

Pagi buat sarapan dan mandikan anak-anak. Setelah mencuci baju, menyapu sampah  dan memasak.

Cuaca di luar ketika itu hujan renyai-renyai jadi saya tidak menyidai baju basuhan tadi. Anak yang paling kecil berumur dua puluh bulan, dari semalam asyek merengek-rengek sebab tidak selesa. Demam. Namun demamnya tidaklah kuat sangat setara memegang kepalanya. Dia boleh bermain dengan kakak-kakaknya. Berbasikal di sekeliling taman perumahan kami di kok Lanas.

Oleh kerana waktu asar akan tiba sebentar lagi, saya telah berwudhuk awal dan menyarung telekung. Sambil menunggu sohlat asar saya melipat baju.

Saya telah memberi minum ubat demam [panadol kanak-kanak] yang sentiasa ada dalam simpanan. Sambil melipat baju tadi anak saya merengek-rengek. Saya tahu dia tidak selesa tapi saya hanya menggosok-gosok saja badannya. Malas nak melayan renget anak demam tadi sebab saya juga letih.

Tiba-tiba saya tidak terdengar suara merengek-rengek itu, pasti dia tertidur, fikir saya. Tapi saya pun menoleh, sebab saya mahu menukarkan kedudukan tidurnya sekiranya tidak terletak di atas tilam/lembek.

MassyaAllah, saya lihat kaki dan tangannya meringkok seperti udang dan ada kebiruan [saya tak pasti bahagian mana yang biru]. Terus saya mendukung, dan memanggil jiran saya meminta tolong. Entah kenapa jiran saya tidak terdengar langsung, saya pasti tentu jiran saya belum balik lagi.

Ketika itu fikiran saya sungguh buntu, saya menangis sambil meribanya. Saya terlihat satu botol air bacaan surah yassin yang telah saya baca sendiri untuk saya minum sepanjang tempoh mengandung sebelum melahirkan. Air Yassin itu saya salawat dan siramkan di kepala anak-anak yang demam.

Subahanalla, anak saya yang meringkok iaitu sawan itu menangis kuat. Saya memeluknya dengan juraian air mata, sambil meraba-raba-raba seluruh anggotanya yang  kembali normal.  

Petang itu suami saya pulang dari Thailand. Saya menceritakan kejadian anak saya dan kami terus membawanya ke klinik berdekatan.

Dokter mengatakan anak saya mengalami sawan, tidak ada apa-apa rawatan susulan. Ketika itu baru saya tahu yang kanak-kanak memang mudah mendapat 'sawan' jika suhu badan terlalu tinggi. 

Bagai  nyawa anak saya diberikan semula pada ketika itu. Sejak itu saya tidak boleh lena bila anak saya demam atau sakit. Saya akan pastikan ubat diberi pada masa yang tepat.

Menurut doktor, kanak-kanak mudah mendapat 'Sawan'. Sawan adalah penyakit yang mungkin datang sesekali sahaja dan seandainya kurang penjagaan dan perhatian dia akan berulang. Kesannya pada tumbesaran dan IQ anak-anak. Ada kejadian tragis demam panas dan sawan boleh menyebabkan kecacatan.

Bagi seorang ibu adalah perlu mengetahui rawatan ringan dirumah agar kita tidak ambil mudah dengan demam panas atau permasalahan kesehatan lain pada anak-anak. Ibu bapa buatlah keputusan bijak supaya tidak terlambat dan menyesal.






Saturday, 6 June 2015

Hasan Al Banna dan anak-anak.


HASSAN AL BANNA


Pendidikan teras perjuangan Hasan Al Banna.

Hasan Al Banna pemimpin pejuang Islam yang masyhur. Wibawa kepimpinan tentulah bermula di rumah dan dari rumah sinar ketokohannya menyemarak menjadi pejuang islam. Belau mujadid yang mengubah pemikiran masyarakat islam di Mesir malah di dunia. 

Didikan Hasan Al Banna kepada anak-anaknya yang dipetik dari buku "Cinta Dirumah Hasan Al Banna", oleh Mohammad Lili Nur Aulia.




Disimpulkan pendidikan Hasan Al Banna di kategorikan pada 2 :


1] Bersama anak-anak:

* Makan bersama yang penuh kenangan.

* Tidak ada suara keras di rumah kami.

* Menepati masa dan menjaga masa berharga.

* Masa kecil ku;

* Menyediakan bekalan anaknya ke sekolah.

* Menguruskan rasa tanggungjawab keluarga dalam soal keperluan makan minum.

* Sikap Pada anak-anak, menjadika anak-anak  patuh tanpa perlu di perintah.

* Menyediakan wang beanja anak-anak, belanja harian, mingguan dan bulanan.

* Mengintip mahu anak patuh pada suruhan.

* Nilai hidup ada pada keImanan.

* Nasehat tidak secara langsung.

*Menyemai cinta melalui tauladan.

*Menanamkan rasa yakin pada diri anak-anak walaupun maseh kecil.

*Berinteraksi sewajarnya dengan masyarakat.

*Keterlibatan yang bijaksana.

* Setiasusaha pribadi ayah.

* Rak buku maenjadi saksi.

* Menemani anak semasa bermain.

* Kata-kata Rasulullah "Barangsiapa menyakiti Fatimah dia menyakiti ku".

* Ayah membenarkan saya menmbaca komek.

* Memuliakan tamu.

* Saya salah sendiri tak naik kelas.

* Menjatuhkan hukuman pada anak-anak.

* Memeluk anak dengan kasehsayang: sehingga maseh terasa kehangatannya.

* Anak gadis dididik dengan kewanitaan.

* Pasangan romantis suami isteri.

* Tanamkan semangat kebersamaan dengan kondisi dunia Islam.

* Mengajar meminta izin bila mengambil barangan ayah.

* Menemani anak belajar dan berbincang.

* Mengajar anak berbuat baik untuk akhirat.

* Menunaikan hak-hak keluarga.


Saiful Islam Al Banna:
"Ayah ku Pemimpin ynang telah disediakan Allah swt"


2] Sepintas bersama Hasan Al Banna:

Menyusuli pejuang Islam yang termasyhur ini:
[Lahir oct 1906 dan meninggalkan 12 feb 1949]

* Ayahnya Syeikh Ahmad Al Banna seorang ulamak fikh dan hadith.
* Jiwa keyakinan dan kepimpinan dapat di lihat ketika zaman kecilnya.
-menghafal Quran ketika berumur 14 tahun.
[pendidikannya; pagi menolong ayahnya, mengulangkaji pelajaran dan pada subuhnya membaca menghafal Al Quran].

* Daya ingatan yang kuat, pemiliran yang tajam.
* Mencintai dan mengutamakan ilmu dalam kehidupan serta pendidikan.


Kata Hasan Al Banna:

"Jika engkau mahu mengenali seseorang, kenalilah buku-buku di perpustakaannya"



* Menyediakan anaknya untuk perjuangan islam.

* Menubuhkan Ikhwan Muslimin sebagai wardah untuk perjuangan Islam. Teras perjuangannya bersama 5 rakan-rakannya adalah: 
-kebajikan dan ukhwah islamiah.[
-ilmu dan pendidikan.[baik pemikiran dan aqidah, akhlak dan amal membentuk peribadi ikhwan muslimin].  
-jihad.[Haq/kebenaran, qawwah/kekuatan dan hurriyah/kemerdekaan]



* Adalan insan Rabbani: dilahirkan mengenali Allah dan RasulNya dalam perjuangannya.
Belau adalah Mujadid yang mencetuskan peribadi Islam pada manusia di seluruh dunia.

Hassan Al Banna menjadikan asas pendidikan [bertahap] sebagai perjuangannya. Bermula membentuk peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, pemerintah muslim, Negara Islam, Khalifah Islam yang mepelopori Usatadziyatul Alam [Islam sejagat].






Wednesday, 13 May 2015

Melahrkan perlu Ketabahan.

MELAHIRKAN PERLUKAN KETABAHAN


Kaseh sayang adalah modal untuk kerukunan rumahtangga. Walaupun wanita di kahwini dengan berbagai sebab, namun jadikanlah hidup kita bererti untuk diri kita sendiri untuk menemui pencipta kita. Kitalah penyusun terulung untuk diri kita sendiri.

Di wad ibu bersalin, ibu-ibu merehatkan diri dengan seribu pengalaman berbeza. Saya baru terjaga dari lena setelah melahirkan jam 1.30 tengahari tadi setelah di hantar oleh suami sebelum pergi menunaikan sohlat Jumaat.

"Missi saya nak minta tukar cadar dan alas saya sebab dah banyak darah" saya memanggil jururawat berbangsa cina yang sedang bertugas. 

"Sekejap ya semua orang buka puasa". Kata jururawat berbangsa cina yang kecil molek itu. "Bila semua sudah masuk boleh tukar" kata jururawat itu. Saya hanya menjawab dengan senyuman sahaja.
Ketika itu saya melahirkan anak ke sembilan,  iaitu di bulan ramadhan. 

Ketika di bilik bersalin, setelah melahiran jururawat yang bertugas   telah memberi segelas susu suam. Inilah kali pertama saya dilayan begini. Syukur rezeki melahirkan anak tidak sama namun saya bersyukur kurniaan Allah taala.

"Alhamdulillah senang puan bersalin" jururawat di bilik bersalin menyapa saya. Saya hanya senyum, terasa mahu lena sahaja ketika itu. 

Melahirkan merupakan bermulanya satu perjuangan membawa insan yang akan kita galas tanggugjawab untuk mendidik mereka.
Amanah yang membawa sejuta rahmat kerana anak adalah:
@kebahagiaan & keriangan
@amanah & tanggunjawab
@menghubung kaseh antara Allah swt dan mahluknya.
Bersyukurnya mengharungi alam kehamilan berubah ke dunia kekeluargaan.

Saya tidak dapat wad 'first class' atau 'second class' kerana telah habis tempahannya di hospital Kerajaan. Ketika tahun 90an dokter ketika itu telah meminta saya lahirkan anak di Hospital Kerajaan. 

Saya mendapatkan pemeriksaan bulanan di Klinik Swasta, Dr Hasnida bertanya pada saya, "Asmah hendak bersalin di mana?".
"Sebelum ini saya bersalin di HUKM" kata saya. 
"I akan buat surat 'refrence' cuma pergi sekali sahaja untuk ada rekod di sana bila nak melahirkan nanti" Kata Dr Hasnida. 

Menurut Dr Hasnida melahirkan di Hospital kerajaan adalah terbaik kerana peralatannya lengkap dengan banyak pakar perubatan. Kebiasaannya ibu yang mempunyai banyak risiko kelahiran dinasehatkan bersalin di Hospital Kerajaan. Menurut  Dr Hasnida, saya adalah termasuk ibu yang berisiko untuk melahirkan sebab mempunyai kelahiran yang ramai dan berumur lebih dari  36 tahun.


Melahirkan memerlukan keyakinan diri. Mungkin dari segi perubatan ibu kena sihat, iaitu perlu mengambil pemakanan yang lengkap nuterisinya. Bersenam adalah saranan dokter bagi mengekalkan stemina sepanjang mengandung juga ketika kelahiran.

Saya juga seperti wanita lain sentiasa tidak putus-putus berdoa muga memudahkan kelahiran. Walaupun telah  sebelas kali melahiran dan satu keguguran, rasa bimbang berdebar-debar dan cuak tetap ada disetiap kelahiran. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana saya memang takut berdepan dengan saat-saat melahirkan.


Semasa akan kehamilan keempat, suatu pagi saya membangunkan suami, "Abang, bang sakit ni... ana sakit perut" saya mengejutkan suami. "Sakit nak buang air kot" kata suami meredakan kerisuan saya.". Jam di dinding tertera pukul 4 pagi. Saya pun bangun untuk ke bilik air tapi semacam menekat-nekan pulak, fikir saya. Saya terkejut bila melihat banyak darah dilantai. MasyaAllah. 

Ketika itu kami menyewa di Kok Lanas. Kami memerlukan 30 min untuk ke Hospital Kota Bharu. Oleh kerana minyak kereta perlu diisi suami ke stesen minyak berdepan dengan kawasan perumahan kami. Ketika itu saya terasa derauan 'air ketuban'. 

"Abang air ketuban macam dah 'pecah' ni" Saya memberitahu suami saya. "Tak pe sempat ni" suami saya begitu pasti."Rasa tak sempat bersalin di hospital, nanti bersalin dalam kete pulak" saya mula menitiskan air mata kerana takut. 

Melihat air mata saya menitis, suami membuat keputusan mengambil bidan kampung sahaja kerana saya sebelum ini pernah bersalin dengan bidan kampung. Tapi kami tidak tahu nak bertanyakan sesiapa sebab baru dua bulan pindah dari Taman Makmur Macang. Suami saya di tukarkan ke Pejabat baru di Kota Bahru sebagai Penolong Penasehat Undang-Undang Negeri Kelantan.

Suami meminta bantuan jiran kami. Kebetulan kami berjiran dengan bidan iaitu jururawat tentera, Kem Desa Pahlawan Kelantan Kok Lanas. Alhamdulillah anak saya lahir seiring dengan azan subuh di pagi itu.

Pengalaman melahirkan tanpa dokter menggerunkan. Hanya bidan dan jururawat yang bertugas sebab sedang pertukaran bertugas di wad hospital.  Saya masih ingat ketika itu jururawat bertugas menjerit, katanya "ibu ini, dah nampak kepala bayi..cepat! cepat!..". Semasa ditolak ke bilik bersalin mereka minta saya tahan jangan 'teran', "Doktor tak ada ni.." "Tak ape, pakai sarung tangan tolong saya" , saya pasti dan berdoa muga itu suara bidan ketika itu. Berderau darah saya, tapi hati tidak putus berselawat berdoa. 

Ketika di bilik bersalin jururawat minta saya beraleh katil, tapi saya minta seketika waktu menahan kesakitan. Apabila sedikit reda saya bergerak kekatil disisi untuk menanti melahirkan. Bila beralih katil dan sekali 'push' bayi telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah.

Ada juga kelahiran yang telah keluar lendir berdarah tapi saya tidak ada rasa sakit untuk bersalin. Kata dokter saya perlu rasa sakit untuk membuka 'jalan' bayi keluar. Oleh kerana 'ketuban' telah di pecahkan dokter minta saya apabila rasa sakit sikit cuba untuk  'meneran'. 

Ketika kelahiran yang susah atau lambat untuk bayi dilahirkan, 4 orang dokter pakar datang memeriksa saya sebab kebiasaannya ibu anak ramai mudah bersalin, menurut kata dokter. Namun menghadapi kelahiran sukar memperbanyakkan kita mengkoreksi pergantungan kita pada Allah taala. Alhamdulillah bayi selamat juga lahir seperti biasa. 

Anak-anak yang lahir selalunya dapat di'qamatkan' bagi anak perempuan dan di'azankan' bagi anak lelaki oleh pihak hospital. Suami akan mengulanginya bila dia datang melawat. Alhamdulillah.

Sepanjang berpantang saya urus sendiri suami isteri. Cuma anak pertama saya balik kampung dalam tempoh berpantang di mana emak membantu sepanjang berpantang 44 hari. Oleh kerana anak kami cucu sulung kepada kedua-dua keluarga, saya bergilir selang seminggu sepanjang berpantang dirumah emak mertua di Taman Peruna, Sungai Udang dan emak sendiri di Bukit baru. Segala pesan emak saya sedayanya ikuti.

Pesanan emak:
1: Jangan aniaya haiwan dan binasakan sesuatu yang ada manafaat.
2: Sentiasa sabar kerana semasa mengandung penat jadi mudah marah dan merungut.
3: Mengidam pekara pelik dan menyusahkan jangan di ikutkan hati.
4: Senangkan [jaga makan minum] suami sepanjang mengandung supaya senang melahirkan anak.
5: Jika letih berehat sebab setiap anak lain ragamnya.
6: Jika tiada bidan minyak panas kena digosok hari-hari.
7: Sarung kaki dan sumbat telinga dengan bawang puteh.
8: Makanan berpantang kena ada halia dan lada hitam.
9: Telor ayam kampung separuh masak akan beri tenaga.
10: Makan ubat mandi pagi petang.

Semasa suami saya berkhidmat di Kelantan mengurut dengan bidan kampung sebelum melahirkan adalah budaya mereka. Bidan kampung telah memberitahu, hanya melihat perut saya bidan  itu mengatakan saya akan senang melahirkan anak dan akan mempunyai anak yang ramai. Bidan itu menasehatkan saya menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita. Saya bersyukur dengan keikhlasan bidan kampung yang banyak menurunkan ilmu menjaga kesihatan.

Kata tok bidan yang maseh saya ingat hingga kini, "Muu jagoo menda tuu, kalu doh bergair ngenyar, tok laki gii kok laghin jangge maogho... tokleh nok buek ghapo". "Nih.." sambil menunjukkan 'tunku', "Janggha tingghaa, pahh duo miengguu bulehh loh kejo sikit-sikit".

Menurut bidan kampung dua minggu adalah masa yang cukup untuk 'peranakan kecut dan masuk sarang'. Urat peranakkan terletak pada ibu jari kaki.

Pesanan Bidan kampung.
1: Bertungku buat hari-hari dan dalam tempuh dua  minggu                'peranakkan' akan boleh 'kecut' sepenuhnya.
2: Jangan/elakkan makan, makanan yang sejuk dan berangin.
3: Ubat utama untuk dalam berpantang adalah manjakani.
4: Makan ubat/jamu sehingga mengandung yang akan datang.
5; Berbengkung boleh menetapkan kedudukan peranakkan.
6: Jamu atau ubatan tradisional membantu pemulihan dalaman wanita kerana wanita menjalani proses mengandung selama 9 bulan oleh itu perlu memulihkan kesihatan diri.
7: Makanlah makanan yang berkhasiat untuk pulihkan tenaga.

tips mengandung:
1: Susun jadual aktiviti seharian supaya tidak mengalami terlalu penat dan stress. (membaca quran)
2: Berusaha tidak selalu menyakiti orang terdekat terutama suami.(beristigfar.)
3:  Kasehanilah makhluk Allah seperti tidak menyakiti haiwan-haiwan. [beristigafar dan doa mengelak dari terancam dengan haiwan berbisa]
4: Berusaha menenangkan diri dengan ujian sepanjang mengandung dan belajar menenangkan diri. (berwudhuk).
5: Jangan abaikan sohlat kerana sohlat itu adalah kunci rahmat.
- menenagkan hati
-merehatkan minda
-senaman sendi secara tidak sedar.
-menambah ilmu kerana ibu mengandung akan mempraktikkan sohlat duduk maupun sohlat berbaring jika benar- benar letih.
-Sohlat adalah terapi memfokuskan minda supaya mudah mendidik anak.





Thursday, 9 April 2015

HIDUP DIRI KU KERANA NYA



Syukur adalah perasaan yang indah seandainya kita memberi tumpuan sepenuh hati dan jiwa raga. Memiliki kehidupan yang sederhana dan merasakan cukup akan melahirkan rasa syukur kepada pencipta Azzawajallah. Iringilah rasa syukur dengan DOA kerana semua kita tahu 'doa itu senjata orang mukmin'.

Ketahui lah sabda Rasulullah mengenai doa terlalu banyak. Antara kata baginda "Sesungguhnya Allah taala menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa".


Berdoalah:
1.  Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
2. Menghadirkan diri jiwa raga ya'ani khusyuk memohon pada
    Allah taala.
3. Berdoa bukan memutuskan siratulrahim. merasakan diri rendah    diri dan kerdil disisi Allah taala.
4. Jadikanlah diri menjaga makan minum jua berpakaian dengan      harta yang halal.
5. Perbanyakkan memuji Allah taala dengan Asmaulhusna jua            berselawat kepada Rasulullah saw.
6. Bersedekahlah dengan mendoakan untuk yang lain juga.



Bersedekah itu:
1. Selalu menyibarkan senyuman dan bersangka baik dengan orang lain.
2. Selalu menolong dan meringankan beban orang lain.
3.Menyenangkan hati orang dengan lisan yang baik juga adalah sedekah.
4. Berlapang dada dengan ujian dan memaafkan mereka yang menyakiti hati.



Apabila kita belajar bersyukur dan berterimakaseh membuatkan jiwa kita akan lapang, kerana kita berbuat baik pada diri kita sendiri.

Bersyukur kita di lahirkan oleh kedua ibubapa kita menjadikan kita sebagai wanita bergelar isteri dan bergelar ibu.

Bersyukur kita sentiasa redha dengan rezeki kurniaan Allah pada diri keluarga dan anak-anak akan mengurangkan rasa stress kita berdepan masalah kehidupan.

Bersyukur kita mempunyai anak-anak yang menjadikan kita ibu  mereka untuk kita berbakti pada anak-anak untuk menjadi saham akhirat dan mengutip pahala sabar dan redha pada Allah taala.

Seorang ibu seharusnya memanjatkan rasa memaafkan pada insan di sekeliling mereka iaitu suami dan anak-anak kerana memaafkan kesalahan mereka adalah kaseh kita pada mereka.

Perasaan dan rasa mengharap agar Allah kurniakan yang terbaik untuk keluarga mesti ada pada hati seorang ibu.

Seandainya tiada suami dan anak-anak, nilai kemuliaan yang Allah telah utuskan pada mahluk bernama ibu tidak akan di perolehi seorang perempuan.




BERDOALAH BERSYUKUR REDHA.

Friday, 3 April 2015

GUINNESS WOLD RECORD





Menyedari keluarga besar iaitu dengan bilangan anak yang ramai merupakan suatu keistimewaan. Banyak rekod menyatakan tentang keluarga yang di anugerahkan anak yang terlalu ramai. Saya mahu berkongsi catatan ini:

Fakta:



1.Vassilyev mempunyai 69 anak. 

Guinness World Records mencatatkan beliau adalah wanita paling subur didunia dengan 69 orang anak kandung,
Vassilyev yang tidak diketahui nama sebenarnya, hidup pada abad ke 18 di Shuya Rusia. Beliau dilapurkan telah 27 kehamilan antara 1725 hingga 1765, termasuk 16  pasangan kembar 2, 7 pasangan kembar 3 dan 4 pasangan kembar 4.



2. Gravata mempunyai 62 anak. 



Keluaga Gravata muncul dalam suratkabar pada oktober  tahun 1923 kerana kelahiran yang ke 62. Beliau menetap di Palermo Itali. Nama penuhnya Rosa Gravata.
kelahiran mencatatka dua pasang kembar 3.


3. Kirillov mempunyai 57 anak.

Berasal dari Vvedensky , Rusia. Kehamilannya sebanyak 21 kali.
Rekod kelahiran adalah sepuluh kali kelahiran anak kembar dua, Tujuh anak kembar 3 dan 4 pasang kembar 4.
Pada tahun 1755 kesemua anaknya 57 orang hadir ke mahkamah atas kes perbicaraan.


4. Leontina Albina mempunyai 55 orang anak.

Memegang rekod ibu moden dengan jumlah anak terbanyak di dunia. Wanita ini dilahirkan di Chile pada 926 dan menyatakan dirinya ibu kepada 64 orang anak. Menurut suaminya 11 orang anaknya mati ketika gempabumi. Dan kini berjumlah 40 hidup hingga dewasa.


5. Barbara Stratzmann mempunyai 53 orang anak.

Barbara dilahirkan di Bonnigheim, Jerman pada tahun 1448. Beliau dilapurkan telah melahirkan 53 orang anak kandung.  Ketika berusia 50 tahun beliau melahirkan 29 kali termasuk lima pasangan kembar 2  dan empat pasang kembar 3.
Juga sepasang kembar 6 dan sepasang kembar 7.  Namun daripada 53 anak Barbara, 19 orang meninggal dunia semasa bayi lagi. 34 lainnya hidup hingga dewasa.




Tuesday, 10 March 2015

Kasih umpama cintai diri sendiri.

"Umi kenapa umi tak kerja macam mak kawan kak Long". 

Saya tersenyum melihat anak sulung saya mula berfkir kehidupan dirinya dengan rakan sekolah. 

"Jika umi kerja tentulah anak-anak umi kena tinggal di nusery kan". 

"Jika umi kerja, bila balik dari sekolah anak-anak umi akan tinggal di nusery, tunggu umi balik keje untuk ambil Kak Long dan adik-adik. Kak Long suka tinggal di nusery?" Kak Long diam sahaja ketika itu. Tidak berkata ya ataupun tidak .
"Kak Long rasa siapa lebih penat, emak kawan kak Long yang berkerja di pejabat ataupun Umi yang duduk rumah tak kerja di pejabat."

"Ibu yang berkerja akan ambil anak mereka dari nusery setelah pulang dari pejabat. Wanita bekerja seperti ibu kawan kak Long urus anak mereka ketika di rumah". 

Itulah rutin yang sama berulang setiap hari, esok pergi kerja semula dan ambil anak semasa pulang dari pejabat.

Saya merapati Kak Long, "Umi akan sediakan sarapan mandikan adik-adik, tukar lampin, basuh dan sdai baju, sapu sampah, basuh bilik air.  Umi akan masak makanan tengahari anak-anak yang akan balik sekolah."  

Kata saya, "Tentulah emak kawan Kak Long penat apabila pulang dari pejabat, Umi juga penat buat semua kerja, memasak basuh baju kemas dan semua kerja di rumahseorang pun tidak penat" 
"Tengok abuya, letih setelah seharian bekerja"

"Emak kawan kak Long pun penat di pejabat." 

"Adakah umi tak penat duduk di rumah?"

"Umi nak jawab, umi rasa penat juga menjadi surirumah"

"Umi kena buat semua kerja dirumah. Walaupun umi penat, umi gembira anak-anak umi membesar di tangan umi."

Anak-anak hanya diam sahaja. Semua ibu akan merasai anak-anak lebih utama dan saya yakin ramai ibu-ibu sekelian  mahu anak-anak mereka membesar didepan mata. Menjaga anak sendiri memberi kepuasan dan kebahagiaan di hati.

Begitulah kehidupan yang ketika itu tiada pembantu yang diambil dari Indonesia. Tapi ada keluarga yang mengambil warga Siam ataupun meminta khidmat remaja luar bandar yang tidak mempunyai pekerjaan untuk dijadikan pembantu rumah. Ketika itu kilang-kilang dan pasaraya tidak meluas untuk menawarkan pekerjaan.

Seorang sahabat  juga merupakan guru sekolah menengah juga pernah borak santai dan mengajukan soalan kepada saya, "As awak tidak menyesal ke tidak bekerja, malah duduk jaga anak sahaja penat je belajar universiti". 

"Tak" ringkas sahaja saya menjawab.

Saya hanya gelak mendengar seorang guru boleh berkata begitu, namun saya memberitahunya, "Saya rasa selesa dan gembira anak-anak saya membesar dengan air tangan saya".

Semasa  di sekolah rendah, anak-anak menyiapkan kerja tugasan sekolah telah bertanya beberapa soalan untuk menyiapkan esei  mengenai  keluarga, katanya "Umi ,apakah pekara yang umi suka dalam hidup umi?" Dan ketika itu saya tidak perasan itu esei adalah fakta yang mereka mahu tulis dalam tugasan mereka. Biasanya anak-anak adakalanya suka bertanyakan soalan malah adakalanya meminta pandangan saya. 

Soalanya , "Apakah perkara yang paling umi suka?"

Ketika itu saya jawab "Anak-anaklah yang paling umi suka dalam hidup umi". 

Semua ibubapa akan sangat mengasehi mencintai dan memberi kehidupan terbaik kepada anak-anak. Menjaga mendidik anak-anak bukan sekadar tanggungjawab ibu bapa. 

"Mengasehi anak-anak umpama saya mengasehi diri sendiri."

end.


Thursday, 12 February 2015

BUNGA API DUIT BELANJA.

"Umi beli bunga api tu". anak-anak meminta pada saya. "Tak usah, nanti balik kampung main dengan Pak Ngah Jo dan Busu Zul". Beritahu saya. Saya sebenarnya tidak mahu menemani mereka bermain bunga api jika mereka beli. Saya semeangnya rasa kurang selesa bila anak-anak membawa pulang 'pop-pop' untuk bermain dengan adik-adiknya. Ada faktor utama adalah kerana baunya yang saya tidak suka dan saya tidak menghalang mereka bermain jika telah membelinya ketika pulang dari sekolah agama pada petangnya. Soal membersihkan belerang yang bertaburan juga akan menambahkan kerja saya.

Anak-anak biar ada yang memerhatikan mereka
walaupun kita tak mampu setiap ketika namun
keselamatan adalah penting.

Anak-anak melalui zaman yang mengembirakan
keselamatan dan bersederhana mewarnai  kegembiraan
perlu diterangkan pada mereka.

Ketika itu ramai kanak-kanak bermain bunga api di taman selepas sohlat terawih di bulan ramadhan. Saya sendiri tidak menghalang anak-anak melihat dan bermain dengan rakan-rakan mereka itu. Semasa menempah baju di Kedai Jahit, saya singgah kedai runcit untuk melihat apa-apa yang mungkin menarik di beli untuk anak-anak. Peniaga itu rupanya kenal saya dan berkata, "Anak awak ada hutang dengan kedai saya beli bunga api". Terkejut saya. "Bila?" Saya menyembunyikan rasa marah dan cuba meredakan keadaan. "Dia dan kawan-kawannya selalu datang ke sini beli bunga api," kata pekedai itu lagi" hari tu anak awak ambil bunga api, katanya nanti dia bayar" Ketika itu saya pun mulalah panas telinga. "Macam mana awak  boleh beri budak sepuluh tahun berhutang. Bunga api pulak tu bukan makanan?". Peniaga itu saya tak ingat kata apa ketika itu, tapi, dalam serba salah dia berkata "Manalah saya tahu, dia kata nak bayar". "Nantilah saya tanya anak saya".Kata saya. Tanpa melunaskan  hutang RM30. itu saya pun angkat kaki meninggalkan kedai itu dengan hati yang bengkak.

Anak-anak menjalani berbagai situasi dengan rakan
Cabaran mereka juga banyak dengan kawan
Alangkah baiknya jika kita tahu apa yang mereka fikir.

Sampai di rumah saya menyediakan makan tengahari untuk mereka pulang ke sekolah. Dalam hati saya lebih marahkan pekedai itu berbanding anak saya. Tapi dalam fikiran saya bagaimana  pekedai itu yakin anak saya akan bayar duit bunga api yang dihutangnya. Mungkin dia mengenali saya dan mudah untuk dia menuntut hutang. Tapi mestilah budak yang berhutang akan dimarahi jika  ibubapa mengetahui anak mereka berhutang. Entahlah, macam-macam pekara yang anak-anak boleh lakukan tanpa pengetahuan kita. Berbagai-bagai saya fikir ketika itu.


Mendidik memerlukan ilmu
Mendidik memerlukah hikmah
Mendidik memerlukan kesabaran.


Seperti biasa selepas makan dan sohlat zuhur, mereka akan bersiap ke sekolah agama waktu petang.
Saya dah tidak sabar bertanya hal hutang itu."Ni umi tak tahu betul ke ada hutang bunga api" Saya terus bertanya pada anak saya. Mereka diam. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. "Best sangat ke bunga api itu" saya melepaskan geram. "Kan umi kata main di kampung nanti, bukan tak bagi main." Kecik je saya lihat anak saya rasa nak picit-pict mereka. Memalukan saya betul ketika peniaga itu kata anak saya berhutang. Saya menyambung lagi geram melihat mereka tu. Kata saya," Ini kalau abuya tahu, padan muka ". Semuanya sunyi sepi membatu.


Rotan bukan penyelesaian
Marah akan mengelirukan mereka
Katakah sesuatu untuk mereka berfikir.


"Makcik tu kata kawan-kawan ambil bunga api dan minta kamu bayar. Betul ke" Anak saya jawab pendek je"Haa" Geram betul masa tu. Tiba-tiba kakaknya menjawab,"Dia pun nak main sama umi". Saya menahan kemarahan, berfikir, apakah yang harus saya lakukan.

Ibubapa kena melihat bentuk kesalahan
Besar atau Kecil, dari sudut Syariatnya
Falsafah kehidupan dengan umur dan 
adakah ini kesalahan ke berapa?


"Okey, mulai esok, umi nak kamu bayar seringgit sehari dengan duit belanja sekolah." "Kalau tak cukup dengan baki duit tu bawa bekal". "Faham tak!" Jerit saya. "Fahammm" perlahan bunyinya. "Esok, pergi jumpa mak cik tu kata, nak bayar seringgit tiap-tiap hari sehingga habis hutang tu"."Ya" Jawabnya pendek.

Peristiwa ini pun menjadi topik jenaka bila mereka bercerita kenakalan zaman kecik-kecik dahulu. Anak-anak bila dewasa mereka akan lihat kesalahan itu dan denda yang kita kenakan padanya. Sukar atau tidak mereka menerima hukuman itu biarlah mereka berfikir suatu hikmah disebalik kesalahan ketika itu. Denda yang di kenakan mestilah sesuai dengan umur dan kesalahan mereka.


Menghukum tanpa melihat kesannya
menghilangkan rasa hormat dan sayang
umpama rasa kaseh kita pada mereka
menjadi titik kemaafan.

Anjing comel lah umi

"umi comelnya anjing tadi" "Dekya usap bulunya lembutlah umi" "Dia diam je. comel". Saya hanya diam seketika. "Esok  kita pegi lagi nak. Tengok anjing tu lagi" terdengar anak saya berbual ketika balik dari taman permainan.  

Kakaknya yang berjalan seiring dengannya berkata"dekya ni berani nya, nanti kena gigit baru tauu". Saya dekya menyambung menyatakan kegembiraannya "Tak lah anjing tu baik. Tuan dia Cina tu tak marah pun kat dekya".

Pendedahan anak-anak dengan persekitaran perlu
agar kesihatan dan keselamatan diutamakan .

Ketika itu saya sedang mengambil baju yang telah kering diampaian depan rumah. Anak-anak berlari-lari balik dari taman permainan di perumahan kediaman kami. Taman yang hanya selang empat rumah sememang dekat dan mudah mereka berulang bermain-main adik beradik. Kediaman kami  di situ ramai warga cina,. Jiran kami yang tinggal sekeluarga iaitu ada nenek tua yang begitu rajin menemani cucu perempuannya bermain di depan rumah.

Mengetahui hukum dan 
cara mengendalikan kesejahteraan keluarga
adalah asas membentuk kepekaan murni rumahtangga.

"Dekya pegang anjing ke?" Anak-anak saya terdiam. Mungkin nada saya bertanya tu nada kuat juga terlihat nada marah."Kenapa biar adik pegang anjing najis". Saya bersuara  menunjukkan nada yang nampak keras pada anak-anak. 

"Kami tak nampak pun tiba-tiba dekya kata dia pegang anjing" kata kakaknya yang membela diri takut di marahi saya, "Anjing tu besar ke kecik", tanya saya. 

"Entah" kata kakak nya yang lain. Dekya dengan kegembiraan berkata, "Anjing tu tak marah bila dekya pegang". "Anjing kecik umi ada cina pompuan bawa dengan tali" Beritahu kakaknya yang lain. 

Ahh lega rasanya bukan anjing berkeliaran di taman itu. Semestinya rasa bimbang sebab haiwan yang berkeliaran biasanya kotor dan tidak mendapat jagaan yang baik bimbang 'Virus anjing gila'. Namun apa yang menjadi permasalahan nya adalah ianya najis muallaza iaitu najis berat dalam feqh.

Mengetahui tiga bahagian Najis
# Mualaza  [anjing dan babi serta sekutunya]
# Muafafa  [kotoran seperti bangkai dan najis haiwan, muntah, darah dan sebagainya]
# Mutawasitta  [air kencing kanak-kanak lelaki yang umurnya sebelum 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja]


Saya pun terus bergeges mengambil tanah di hujung halaman rumah. Tanah itu saya campurkan sedikit air untuk menjadi air tanah. Saya pun membasuh tangan dan kaki dekya dengan air tanah [1 kali] dan air paip [6 kali]. Setelah itu saya mandikan dekya seperti biasa dengan sabun mandi mereka. Sebenarnya saya mengambil pendekatan yang lebih selesa iaitu anak saya terkena air liur anjing. Oleh itu saya menyucikannya.

Belajar menyucikan Najis ilmu Feqh yang asas
Wajib dalam membina Keluarga Islam.


Sebagai berjiran dengan bangsa cina, anak-anak dan jiran kami selalu bertukar makanan seperti biskut yang juga biasa kami beli di pasaraya. Sesekali saya akan memberi jiran saya buah rambutan dan langsat dari kampung  sebagai budi bahasa berjiran. 

Pada suatu ketika pernah anak jiran kami memberi nuget goreng. Oppss. Kebetulan sahaja anak sulung saya bertanyakan pada saya kerana mungkin dia pernah belajar di sekolah . "Umi boleh makan ke?" Sebelum ini dia juga pernah tanya mengenai biskut yang diberikan oleh jiran berbangsa cina selalu menghadiahkan makanan yang di beli. Saya kata "Boleh sebab biskut".

Menjaga hati jiran wajib
Tapi jangan gadaikan Hukum.


Alhamdulillah sebelum ini pernah saya beritahu anak-anak biskut, roti, buah juga makanan yang biasa boleh di beli pada asasnya boleh di makan. Tapi masakan atau makanan yang mereka masak atau goreng tidak boleh. Saya pun menggelengkan kepala sebab tak berani bersuara bimbang didengari oleh neneknya di situ. Anak saya memberikan nuget itu pada saya dan saya terpaksa membuangnya atas sebab tidak pasti minyak atau kuali yang di gunakan untuk menggoreng.

"Yakin Halal makan lah
Tidak pasti Halal jangan makan.
Supaya hati tidak gelap"

Makanan yang subahah adalah menjadi keutamaannya

dielakkan dari memakannya.


Apabila membeli barang keperluan anak-anak perihatin tentang logo halal. Anak-anak memang cerdik untuk menilai dan merealisasikan pekara baik yang mereka pelajari di sekolah. Ketika ini adalah mudah juga kita memastikan makanan itu mempunyai kandungan yang tidak sesuai dengan kesihatan. Kebiasaannya mereka lebih peka dalam menilai logo yang sah yang dikeluarkan JAKIM. Dan saya selalu memerhatikan tarikh luput makanan agar selamat dan sehat.

MAKANAN  SUCI  MENJADI  DARAH  DAGING  KITA.

Tuesday, 3 February 2015

TAHUN YANG MERUDUM.



"Anak puan tidak boleh mengenal dan menulis ABC." Berderau darah saya bila diberitahu oleh guru kelas tahun 1.  Kata guru kelas, "Anak puan itu kena masuk kelas LEMBAM". Saya benar-benar terkejut... saya terdiam.

Saya mencari kekuatan dan berkata,"Bagaimana cikgu boleh kata begitu?" Saya cuba menarik nafas. Setakat yang saya usahakan, anak saya dah boleh mengenal abc malah boleh membaca suku kata mudah. Saya memberitahu kedudukan sebenar tentang anak saya. 

Cikgu terus berkata, "Tapi puan sepatutnya murid-murid yang hendak dimasukkan ke tahun 1 telah boleh membaca, menulis dan mengira". "Mereka sepatutnya dah belajar di tadika lagi" Cikgu yang berkulit hitam manis itu bagai terus menyatakan ketegasan sebagai seorang guru. 

"Puan tidak boleh meletakkan kelemahan anak puan untuk di ajar oleh kami, guru tahun 1. Kami bukan untuk ajar abc. Anak puan sememangnya tidak kenal abc  pun".

Ketika itu bagai satu gunung telah menghempap benak fikiran saya. Di bulan disember saya telah membuat ulang kaji kepada anak-anak supaya mengingati semua pelajaran di tadika. Iaitu sebagai persediaan kembali  sekolah, masuk tahun 1.

#  Mengingatkan mengukuhkan kemahiran membaca menulis perlu untuk memulakan alam sekolah,.
#  Saya cuba membantu anak saya mengulangkaji pelajarannya sebelum mereka mendaftar tahun 1.
#  Saya mahu mereka tidak rasa malu dan tertinggal semasa belajar.

Malam itu saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan guru tuition di rumah. Oleh kerana ketika itu tuition tidak begitu meluas, saya bertemu jiran saya yang juga guru sekolah itu untuk mengajar anak saya. 

Dari hari ke sehari saya lihat dia mula malas ke sekolah. Dia susah untuk bangun pagi malah selalunya saya kena mandikan dia juga menyarungkan baju untuk ke sekolah. 

Saya mula memeriksa kerja-kerja sekolah yang dia kena buat. Hasilnya saya lihat dia memang sukar menyiapkan kerja sekolah. Buku matematik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bercampur-campur. Anak saya keliru mengenal buku mana yang sepatutnya untuk sesuatu pelajaran. Anak saya tidak memahami apa-apa yang dia belajar di sekolah. 

Di tempat  tuition saya lihat dia tidur tanpa menghiraukan arahan guru tuition. Begitu juga di kelas mengaji, ustazah memberitahu, semasa sedang baca IQRA' dia akan tertidur. Tahun 1997 mengaji menggunakan IQRA' adalah baru. Oleh itu kami tidak dapat mengajar anak-anak mengaji sendiri di rumah. 

Dan saya mula sedar atau ertikata lain, bahasa yang saya guna ialah anak saya  "FOBIA DENGAN BUKU".

Membantu memupuk minat belajar
adalah tanggugjawab ibubapa.

Kelas Tuition maseh berjalan dan kelas mengaji maseh diteruskan. Saya mengambil keputusan berjumpa guru yang di sukai oleh anak saya iaitu cikgu Abang Bidin. Hasil dari perbincangan dengan cikgu Abang Bidin ,saya minta tiga pekara sahaja :
1] Dalam kelas pastikan dia menggunakan buku yang betul. Iaitu jika buku BM pastikan dia mengeluarkan buku BM.
2] Setiap kali cikgu masuk mengajar saya harap cikgu akan menyoalnya atau panggil namanya. Supaya dia memberi perhatian semasa cikgu mengajar.
3] Pastikan apa-apa kerja cikgu beri dia buat atau tulis walaupun lambat.

Memastikan mereka minat belajar kena 
menyuburkan suka ke sekolah dan 
melalui alam persekolahan yang sihat.

Ketika itu cikgu tidak menjanjikan apa-apa namun kata cikgu Abang Bidin dia akan cuba bantunya. Saya tidak memerlukan cikgu lain kerana bagi saya cukup besar nilainya jika ada seorang sahaja boleh bantu saya. Dan saya amat bersyukur kerana cikgu Abang Bidin benar-benar membawa semangat saya untuk menguruskan pelajaran anak saya. Semuga jasa cikgu Abang Bidin ini menjadi saham di akhirat. [Cikgu Abang Bidin telah kembali kerahmatullah disebabkan kanser tahun 2013. AL Fatihah.]

Dari pembacaan, anak saya  mempunyai masalah pembelajaran yang hampir memenuhi 80%  ciri-ciri diaseksia. Disini saya sebutkan masalah yang dilaluinya sahaja:

# Keliru dengan huruf-huruf dan juga nombor. Kadang kala dia mampu menulis dan mengenal dengan baik dan ketikanya ia terlupa dan menulis dengan terbalik.

# Dia sukar menghafal dan memori ingatannya terlalu tidak  kukuh. Dan kerap tertidur iaitu merasa mengantuk walaupun baru beberapa saat membuka buku. Kerap lupa.

# Tidak dapat mengingat lebih dari satu pekara yang diminta untuk dilakukannya. Memberi arahan melakukan kena satu pekara sahaja.

# Degil dan punya pandangan sendiri. Sukar untuk saya memahami nalurinya.

Saya tidak mempunyai banyak hikmah memahami perasaanya dan saya selalu stress apabila sikapnya yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi/respon bila saya mengajarnya. Dia tidak mahu membuka mulut untuk menyebut apa yang saya mahu ajarkan. Malah tidak mahu cuba membuka mulut untuk belajar  menyebut atau mengikut sebutan huruf yang saya ajarkan.. 

Berbagai kaedah saya buat. Dengan warna, dengan kad-kad bergambar. Sambil menyanyi dan ketika itu lagu zaman kanak-kanak "Kereta Merah" cukup popular pada anak saya. Lagu irama 'abc', lagu 'anak-anak Nabi' tidak ketinggalan lagu 'Sayang Allah'. Semuanya sia-sia. 

Saya mula hilang sabar. Jalan pintas adalah saya paksa dia. Ketika itu saya menjadi harimau yang garang atau pemaisuri zalim pada dayang-dayang istana memaksa melakukan pekara yang sukar dan akan mengganas dan menyiksa si dayang.

Mengajar anak kena banyak ILMU
Mendekati anak kena banyak HIKMAH
Mendidik anak kena banyak KASIH SAYANG.

Ketika itu rumah saya tiada rotan. Cubitlah dan pelempang menjadi pilihan. Bila hilang kesabaran saya memukulnya sehingga tangan saya juga lebam dan bengkak. Ketika itu hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya melepaskan geram yang tak mampu di bendung lagi. 

Saya memukulnya dengan tangan agar suatu hari nanti, saya ada bukti pada Allah yang apabila saya memukulnya bukan sahaja dia yang sakit malah saya juga terasa sakitnya.

Bukalah mata hati kita untuk mengenal
siapa mereka di hati kita.

Apabila  mendidik, mengenali watak dan sikap anak-anak adalah penting. Pendidikan akan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu saya melihat dari mata orang dewasa yang mahu mereka boleh bina keyakinnan diri dan membentuk peribadi yang baik.

Pernah suatu ketika  dia bermain basikal dengan adiknya. Saya yang berada dalam rumah mendengar jeritan anak saya yang kuat, meraung memanggil saya. Saya memang pasti ada sesuatu berlaku padanya. Saya pun bergegas keluar rumah, kelihatan adik sedang berjalan itik dan kakak pula berdiri tegak sambil berjalan mengiringi adiknya itu.

"Kenapa?" tanya saya. "Jatuh" jawabnya sambil menunjukkan basikal di dalam longkang. Longkang di kediaman apartmen kami itu tidak lah dalam.  Saya hanya senyum sahaja, lalu saya bertanya pada adiknya. 

"Badah kenapa pulak". Dia tadinya menjerit kini sudah tidak menangis apabila melihat adiknya begitu. "Sakit, tak boleh nak bangun". Saya cuma senyum je. 

Kata saya,"Nanti umi selawat dan gosok minyak, baiklah"."Okey". Pelahan-lahan  badah berjalan untuk naik di tingkat dua rumah kami. 


Kesakitan kecil memberi pengalaman pada  anak-anak
Binakan lah rasa sabar dengan ujian.

Ujian membesarkan anak memang hebat, Saya sedar ketika itu saya abaikan pelajaran anak yang lain. Semasa anak saya di tahun 5 percapaiannya memang merosot dan se orang lagi agak sederhana. Ketika anak-anak menunjukkan markah matematiknya 2/40. Saya terkejut sungguh ketika itu. 

Saya menyemak kerja sekolah anak-anak lain. Saya dapati banyak yang guru  tidak menanda kerja yang telah di buat. Ada kerja yang tidak siap malah tiada semakkan guru. 

Buku latihan yang di beli tidak terusik langsung. Malam itu setelah makan malam dan sohlat isyak saya bertemu empat mata dengan anak saya yang lainnya untuk bertanya mengapa markahnya seperti orang yang tidak belajar langsung. Saya telah terlepas pandang sebenarnya untuk memberi perhatian akademik pada anak yang lain.

Apabila bertemu gurunya di hari prestasi pelajar, saya ajukan pada gurunya kenapa tidak di semak. Guru itu memberi alasan itu bukan subjeknya. Bila saya tanya cikgu mengajar subjek apa? Katanya Sains dan BI [jika saya tidak silap]. Kata saya "Kenapa buku latihan sains tidak terusik langsung".  Kata cikgu yang menjadi guru tahun 5 itu, "Kelas ini pelajarnya lemah puan jadi mereka belajar lambat dan susah untuk mengajar budak-budak begini". 

Ketika itu berdesing telinga saya. "Adilkah cikgu menilai pelajar begini di mana pelajar kelas bodoh tidak perlu disemak kerjanya dan latihan pun ala-kadar sahaja". Saya kecewa dengan guru-guru begini. Mana ada ibubapa yang tidak mahu anaknya berjaya. Saya tidak menyalah guru sepenuhnya tapi jika beginilah sikap seorang pendidik, apa akan jadi pada anak-anak malas belajar dan yang tidak cemerlang dalam akademiknya.

Ibubapa adalah guru pertama serta utama anak-anak,
Persekitaran adalah guru tumbesaran anak-anak,
Guru adalah pemangkin kecemerlangan kejayaan.
Kehidupan itu adalah WADDAH untuk di isi.


Tahun itu memang mengecewakan, tapi di kelas salah seorang anak saya gurunya berinovatif memaklumkan pada saya bahawa anak saya yang ini kena banyak buat latihan dan jika boleh janganlah selalu tidak bawa buku ke sekolah. Ya sebenarnya saya terlepas   pandang menyebabkan ada ketika saya bagai hilang motivasi diri. Kata guru itu lagi, ada markahnya tidak di kira sebab anak saya tidak menghantar folio [kertaskerja]. Semuanya berlaku serentak menyebabkan saya menjadualkan semula aktiviti kerja sekolah anak-anak saya. Mereka belajar dan diajar untuk menguruskan pelajaran mengikut jadual. 

Sejujurnya saya sedar anak saya bukan pelajar cemerlang namun saya tidak mahu memandang ringan kepada masa depan mereka. Saya mahu mereka menggengam Ijazah walaupun itu bukan ukuran sebuah kejayaan dalam kehidupan . Saya mahu anak-anak saya; 
TERPELAJAR DAN BERPELAJARAN.



Tuesday, 13 January 2015

Duit belaja sikit.



DUIT BELANJA SIKIT

Suasana pagi yang hening dipecahkan dengan suara saya. "Kak Long bangunkan adik-adik" jerit saya memberi arahan.
"Yalah umi", sahut Kak Long dan menggerakkan adik-adik ke sekolah pagi itu.
Noha bangun sambil berteleku di tepi dinding berhampiran bilik air.

"Cepat Noha mandi nanti lambat" saya melihat noha dan sejurus itu saya beredar menyediakan sarapan. Pagi ini saya membuat donat , kueh kegemaram anak-anak. Tentu ada yang akan bawa bekal ke sekolah nanti bisik saya.

Saya lihat Noha maseh berteleku di situ. Saya lihat Noha seperti sedang menunjukkan protes, 'tidak mahu ke sekolah'. Saya mendekati Noha. Saya belajar banyak perkara mengenai sikap anak-anak yang rajin dan kurang rajin. Noha adalah kategori anak yang rajin. 

Kebiasaan nya dia tidak bermasalah bangun pagi untuk ke sekolah.
Pagi ini dia berjalan berinsud-insud macam siput perlahan-lahan membuatkan kakaknya stress.

"Cepat Noha! Kak long tinggalkan kalau lambat siap" bentak kak long yang melihat Noha tidak lagi masuk bilik air untuk mandi.  Akhirnya saya lihat dia masuk juga ke dalam bilik air. Selesai mandi Noha bersiap dengan perlahan sekali.
                       
Di meja makan saya tanya" Kenapa Noha, tak siap kerja sekolah ke lupa ya?" sahut saya sambil memasukan donat ke dalam tapawere untuk bekal anak-anak. Noha menggelengkan kepala.

"Kenapa macam takda mood nak gi sekolah?" tanya saya lagi.
"Sakit perut ke?" Noha geleng kepala lagi.
"Ada barang yang lupa nak beli untuk bawa ke sekolah ke? tanya saya lagi. 

Noha geleng kepala sambil menyuapkan donat kat mulutnya. Donat makanan kegemaran tentulah di kunyah hingga habis baru di telan. Gembira melihat anak makan dengan berselera.

"Umi." "Umi" tiba-tiba Noha bersuara..
"Haaa! Kenapa?" saya memandang sicomel saya sambil ingin mendengarnya dengan baik.

"Tarmizi budak kelas Noha asyek minta duit je" Noha  memberitahu sambil matanya tepat pandang muka saya. Patutlah Noha seperti tidak ada mood nak ke sekolah, ini masalahnya.

Disini saya dapat merasakan dia tidak dapat mengelakkan diri dari diganggu oleh kawan sekelasnya. Biasanya kanak-kanak ini dia bukan ingin membuli tapi dia tahu ada kawannya yang mampu beri apa yang dia inginkan. Nak minta dari ibu ayah belanja lebih takut jadi mereka akan beri alasan nak pinjam atau minta belanja daripada kawan.

Noha mungkin tidak minat berkawan dengan kawan sekelasnya itu. Jadi dia menjadi masalah padanya untuk tidak mengatakan 'tidak boleh'.

Hari itu saya beri Noha lebih duit belanja. Saya beritahu Noha "okey nanti jika Tarmizi nak pinjam lagi, berilah ya, tapi tanyalah padanya bila nak bayar". "Bolehkan  Noha kata macam tu"

Noha  hanya mengangguk sahaja. Sebagai ibu rasa lega sikit bila Noha ada semangat mahu ke sekolah pagi itu.
                         
Apabila balik dari sekolah, sesuatu yang pelik berlaku. Rupanya Noha hanya balik memakai stokin sahaja tanpa kasut sekolah. Nak gelak ada, kesihan pun ada. Pelik memang peliklah.

Bila di tanya rupanya dia tidak jumpa kasut setelah keluar  dalam bilik bacaan yang disyaratkan membuka kasut bila murid masuk ke dalam Perpustakaan.

Ketika itu saya terpaksa telephon suami untuk balik awal membeli kasut sekolah. Saya membeli kasut sepasang saja seorang kerana bajet persekolahan saya sediakan untuk enam orang anak. Ketika itu dua orang di sekolah menengah dan empat orang di sekolah rendah.

Ketika itu juga skim SPBT iaitu mendapat buku teks cuma pada pelajar kurang mampu sahaja. Jadi kami perlu membeli buku teks dan pakaian sekolah untuk enam orang anak.

                         Berbaloi baik dengan jiran
                        kurang menyusahkan suami



Oleh kerana saya memang rapat dengan jiran maka mereka pun agak faham saya mempunyai perbelanjaan yang besar dengan anak ramai. Agak lewat juga suami saya balik kerana Kuala Lumpur sukar dijangka kesesakkan jalanrayanya. Dengan ini jiran saya menawarkan menggunakan kasut anaknya yang meseh boleh diguna lagi untuk dipinjamkan pada Noha.


Kasut baru hanya kami beli bila hujung minggu. Senyum meleretlah Noha dapat kasut baru dan botol air ada penyedut pula untuk di bawa ke sekolah nanti.

                         Mendapat barang baru 
                   terapi bangun awal kesekolah
                               dengan riang.

Mengenai kawan sekelas yang suka minta duit itu, kata Noha dia beritahu pada kawannya itu, "umi marah beri pinjam duit pada kawan". Saya hanya senyum mendengarnya.

Noha rupanya berjaya selesaikan sendiri masalahnya.

Noha  juga beritahu Tarmizi, duitnya telah beli makanan dan hari-hari Noha bawa bekal air, sambil menunjukkan botol air minuman kesukaannya.

end.