Thursday, 12 February 2015

BUNGA API DUIT BELANJA.

"Umi beli bunga api tu". anak-anak meminta pada saya. "Tak usah, nanti balik kampung main dengan Pak Ngah Jo dan Busu Zul". Beritahu saya. Saya sebenarnya tidak mahu menemani mereka bermain bunga api jika mereka beli. Saya semeangnya rasa kurang selesa bila anak-anak membawa pulang 'pop-pop' untuk bermain dengan adik-adiknya. Ada faktor utama adalah kerana baunya yang saya tidak suka dan saya tidak menghalang mereka bermain jika telah membelinya ketika pulang dari sekolah agama pada petangnya. Soal membersihkan belerang yang bertaburan juga akan menambahkan kerja saya.

Anak-anak biar ada yang memerhatikan mereka
walaupun kita tak mampu setiap ketika namun
keselamatan adalah penting.

Anak-anak melalui zaman yang mengembirakan
keselamatan dan bersederhana mewarnai  kegembiraan
perlu diterangkan pada mereka.

Ketika itu ramai kanak-kanak bermain bunga api di taman selepas sohlat terawih di bulan ramadhan. Saya sendiri tidak menghalang anak-anak melihat dan bermain dengan rakan-rakan mereka itu. Semasa menempah baju di Kedai Jahit, saya singgah kedai runcit untuk melihat apa-apa yang mungkin menarik di beli untuk anak-anak. Peniaga itu rupanya kenal saya dan berkata, "Anak awak ada hutang dengan kedai saya beli bunga api". Terkejut saya. "Bila?" Saya menyembunyikan rasa marah dan cuba meredakan keadaan. "Dia dan kawan-kawannya selalu datang ke sini beli bunga api," kata pekedai itu lagi" hari tu anak awak ambil bunga api, katanya nanti dia bayar" Ketika itu saya pun mulalah panas telinga. "Macam mana awak  boleh beri budak sepuluh tahun berhutang. Bunga api pulak tu bukan makanan?". Peniaga itu saya tak ingat kata apa ketika itu, tapi, dalam serba salah dia berkata "Manalah saya tahu, dia kata nak bayar". "Nantilah saya tanya anak saya".Kata saya. Tanpa melunaskan  hutang RM30. itu saya pun angkat kaki meninggalkan kedai itu dengan hati yang bengkak.

Anak-anak menjalani berbagai situasi dengan rakan
Cabaran mereka juga banyak dengan kawan
Alangkah baiknya jika kita tahu apa yang mereka fikir.

Sampai di rumah saya menyediakan makan tengahari untuk mereka pulang ke sekolah. Dalam hati saya lebih marahkan pekedai itu berbanding anak saya. Tapi dalam fikiran saya bagaimana  pekedai itu yakin anak saya akan bayar duit bunga api yang dihutangnya. Mungkin dia mengenali saya dan mudah untuk dia menuntut hutang. Tapi mestilah budak yang berhutang akan dimarahi jika  ibubapa mengetahui anak mereka berhutang. Entahlah, macam-macam pekara yang anak-anak boleh lakukan tanpa pengetahuan kita. Berbagai-bagai saya fikir ketika itu.


Mendidik memerlukan ilmu
Mendidik memerlukah hikmah
Mendidik memerlukan kesabaran.


Seperti biasa selepas makan dan sohlat zuhur, mereka akan bersiap ke sekolah agama waktu petang.
Saya dah tidak sabar bertanya hal hutang itu."Ni umi tak tahu betul ke ada hutang bunga api" Saya terus bertanya pada anak saya. Mereka diam. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. "Best sangat ke bunga api itu" saya melepaskan geram. "Kan umi kata main di kampung nanti, bukan tak bagi main." Kecik je saya lihat anak saya rasa nak picit-pict mereka. Memalukan saya betul ketika peniaga itu kata anak saya berhutang. Saya menyambung lagi geram melihat mereka tu. Kata saya," Ini kalau abuya tahu, padan muka ". Semuanya sunyi sepi membatu.


Rotan bukan penyelesaian
Marah akan mengelirukan mereka
Katakah sesuatu untuk mereka berfikir.


"Makcik tu kata kawan-kawan ambil bunga api dan minta kamu bayar. Betul ke" Anak saya jawab pendek je"Haa" Geram betul masa tu. Tiba-tiba kakaknya menjawab,"Dia pun nak main sama umi". Saya menahan kemarahan, berfikir, apakah yang harus saya lakukan.

Ibubapa kena melihat bentuk kesalahan
Besar atau Kecil, dari sudut Syariatnya
Falsafah kehidupan dengan umur dan 
adakah ini kesalahan ke berapa?


"Okey, mulai esok, umi nak kamu bayar seringgit sehari dengan duit belanja sekolah." "Kalau tak cukup dengan baki duit tu bawa bekal". "Faham tak!" Jerit saya. "Fahammm" perlahan bunyinya. "Esok, pergi jumpa mak cik tu kata, nak bayar seringgit tiap-tiap hari sehingga habis hutang tu"."Ya" Jawabnya pendek.

Peristiwa ini pun menjadi topik jenaka bila mereka bercerita kenakalan zaman kecik-kecik dahulu. Anak-anak bila dewasa mereka akan lihat kesalahan itu dan denda yang kita kenakan padanya. Sukar atau tidak mereka menerima hukuman itu biarlah mereka berfikir suatu hikmah disebalik kesalahan ketika itu. Denda yang di kenakan mestilah sesuai dengan umur dan kesalahan mereka.


Menghukum tanpa melihat kesannya
menghilangkan rasa hormat dan sayang
umpama rasa kaseh kita pada mereka
menjadi titik kemaafan.

Anjing comel lah umi

"umi comelnya anjing tadi" "Dekya usap bulunya lembutlah umi" "Dia diam je. comel". Saya hanya diam seketika. "Esok  kita pegi lagi nak. Tengok anjing tu lagi" terdengar anak saya berbual ketika balik dari taman permainan.  

Kakaknya yang berjalan seiring dengannya berkata"dekya ni berani nya, nanti kena gigit baru tauu". Saya dekya menyambung menyatakan kegembiraannya "Tak lah anjing tu baik. Tuan dia Cina tu tak marah pun kat dekya".

Pendedahan anak-anak dengan persekitaran perlu
agar kesihatan dan keselamatan diutamakan .

Ketika itu saya sedang mengambil baju yang telah kering diampaian depan rumah. Anak-anak berlari-lari balik dari taman permainan di perumahan kediaman kami. Taman yang hanya selang empat rumah sememang dekat dan mudah mereka berulang bermain-main adik beradik. Kediaman kami  di situ ramai warga cina,. Jiran kami yang tinggal sekeluarga iaitu ada nenek tua yang begitu rajin menemani cucu perempuannya bermain di depan rumah.

Mengetahui hukum dan 
cara mengendalikan kesejahteraan keluarga
adalah asas membentuk kepekaan murni rumahtangga.

"Dekya pegang anjing ke?" Anak-anak saya terdiam. Mungkin nada saya bertanya tu nada kuat juga terlihat nada marah."Kenapa biar adik pegang anjing najis". Saya bersuara  menunjukkan nada yang nampak keras pada anak-anak. 

"Kami tak nampak pun tiba-tiba dekya kata dia pegang anjing" kata kakaknya yang membela diri takut di marahi saya, "Anjing tu besar ke kecik", tanya saya. 

"Entah" kata kakak nya yang lain. Dekya dengan kegembiraan berkata, "Anjing tu tak marah bila dekya pegang". "Anjing kecik umi ada cina pompuan bawa dengan tali" Beritahu kakaknya yang lain. 

Ahh lega rasanya bukan anjing berkeliaran di taman itu. Semestinya rasa bimbang sebab haiwan yang berkeliaran biasanya kotor dan tidak mendapat jagaan yang baik bimbang 'Virus anjing gila'. Namun apa yang menjadi permasalahan nya adalah ianya najis muallaza iaitu najis berat dalam feqh.

Mengetahui tiga bahagian Najis
# Mualaza  [anjing dan babi serta sekutunya]
# Muafafa  [kotoran seperti bangkai dan najis haiwan, muntah, darah dan sebagainya]
# Mutawasitta  [air kencing kanak-kanak lelaki yang umurnya sebelum 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja]


Saya pun terus bergeges mengambil tanah di hujung halaman rumah. Tanah itu saya campurkan sedikit air untuk menjadi air tanah. Saya pun membasuh tangan dan kaki dekya dengan air tanah [1 kali] dan air paip [6 kali]. Setelah itu saya mandikan dekya seperti biasa dengan sabun mandi mereka. Sebenarnya saya mengambil pendekatan yang lebih selesa iaitu anak saya terkena air liur anjing. Oleh itu saya menyucikannya.

Belajar menyucikan Najis ilmu Feqh yang asas
Wajib dalam membina Keluarga Islam.


Sebagai berjiran dengan bangsa cina, anak-anak dan jiran kami selalu bertukar makanan seperti biskut yang juga biasa kami beli di pasaraya. Sesekali saya akan memberi jiran saya buah rambutan dan langsat dari kampung  sebagai budi bahasa berjiran. 

Pada suatu ketika pernah anak jiran kami memberi nuget goreng. Oppss. Kebetulan sahaja anak sulung saya bertanyakan pada saya kerana mungkin dia pernah belajar di sekolah . "Umi boleh makan ke?" Sebelum ini dia juga pernah tanya mengenai biskut yang diberikan oleh jiran berbangsa cina selalu menghadiahkan makanan yang di beli. Saya kata "Boleh sebab biskut".

Menjaga hati jiran wajib
Tapi jangan gadaikan Hukum.


Alhamdulillah sebelum ini pernah saya beritahu anak-anak biskut, roti, buah juga makanan yang biasa boleh di beli pada asasnya boleh di makan. Tapi masakan atau makanan yang mereka masak atau goreng tidak boleh. Saya pun menggelengkan kepala sebab tak berani bersuara bimbang didengari oleh neneknya di situ. Anak saya memberikan nuget itu pada saya dan saya terpaksa membuangnya atas sebab tidak pasti minyak atau kuali yang di gunakan untuk menggoreng.

"Yakin Halal makan lah
Tidak pasti Halal jangan makan.
Supaya hati tidak gelap"

Makanan yang subahah adalah menjadi keutamaannya

dielakkan dari memakannya.


Apabila membeli barang keperluan anak-anak perihatin tentang logo halal. Anak-anak memang cerdik untuk menilai dan merealisasikan pekara baik yang mereka pelajari di sekolah. Ketika ini adalah mudah juga kita memastikan makanan itu mempunyai kandungan yang tidak sesuai dengan kesihatan. Kebiasaannya mereka lebih peka dalam menilai logo yang sah yang dikeluarkan JAKIM. Dan saya selalu memerhatikan tarikh luput makanan agar selamat dan sehat.

MAKANAN  SUCI  MENJADI  DARAH  DAGING  KITA.

Tuesday, 3 February 2015

TAHUN YANG MERUDUM.



"Anak puan tidak boleh mengenal dan menulis ABC." Berderau darah saya bila diberitahu oleh guru kelas tahun 1.  Kata guru kelas, "Anak puan itu kena masuk kelas LEMBAM". Saya benar-benar terkejut... saya terdiam.

Saya mencari kekuatan dan berkata,"Bagaimana cikgu boleh kata begitu?" Saya cuba menarik nafas. Setakat yang saya usahakan, anak saya dah boleh mengenal abc malah boleh membaca suku kata mudah. Saya memberitahu kedudukan sebenar tentang anak saya. 

Cikgu terus berkata, "Tapi puan sepatutnya murid-murid yang hendak dimasukkan ke tahun 1 telah boleh membaca, menulis dan mengira". "Mereka sepatutnya dah belajar di tadika lagi" Cikgu yang berkulit hitam manis itu bagai terus menyatakan ketegasan sebagai seorang guru. 

"Puan tidak boleh meletakkan kelemahan anak puan untuk di ajar oleh kami, guru tahun 1. Kami bukan untuk ajar abc. Anak puan sememangnya tidak kenal abc  pun".

Ketika itu bagai satu gunung telah menghempap benak fikiran saya. Di bulan disember saya telah membuat ulang kaji kepada anak-anak supaya mengingati semua pelajaran di tadika. Iaitu sebagai persediaan kembali  sekolah, masuk tahun 1.

#  Mengingatkan mengukuhkan kemahiran membaca menulis perlu untuk memulakan alam sekolah,.
#  Saya cuba membantu anak saya mengulangkaji pelajarannya sebelum mereka mendaftar tahun 1.
#  Saya mahu mereka tidak rasa malu dan tertinggal semasa belajar.

Malam itu saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan guru tuition di rumah. Oleh kerana ketika itu tuition tidak begitu meluas, saya bertemu jiran saya yang juga guru sekolah itu untuk mengajar anak saya. 

Dari hari ke sehari saya lihat dia mula malas ke sekolah. Dia susah untuk bangun pagi malah selalunya saya kena mandikan dia juga menyarungkan baju untuk ke sekolah. 

Saya mula memeriksa kerja-kerja sekolah yang dia kena buat. Hasilnya saya lihat dia memang sukar menyiapkan kerja sekolah. Buku matematik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bercampur-campur. Anak saya keliru mengenal buku mana yang sepatutnya untuk sesuatu pelajaran. Anak saya tidak memahami apa-apa yang dia belajar di sekolah. 

Di tempat  tuition saya lihat dia tidur tanpa menghiraukan arahan guru tuition. Begitu juga di kelas mengaji, ustazah memberitahu, semasa sedang baca IQRA' dia akan tertidur. Tahun 1997 mengaji menggunakan IQRA' adalah baru. Oleh itu kami tidak dapat mengajar anak-anak mengaji sendiri di rumah. 

Dan saya mula sedar atau ertikata lain, bahasa yang saya guna ialah anak saya  "FOBIA DENGAN BUKU".

Membantu memupuk minat belajar
adalah tanggugjawab ibubapa.

Kelas Tuition maseh berjalan dan kelas mengaji maseh diteruskan. Saya mengambil keputusan berjumpa guru yang di sukai oleh anak saya iaitu cikgu Abang Bidin. Hasil dari perbincangan dengan cikgu Abang Bidin ,saya minta tiga pekara sahaja :
1] Dalam kelas pastikan dia menggunakan buku yang betul. Iaitu jika buku BM pastikan dia mengeluarkan buku BM.
2] Setiap kali cikgu masuk mengajar saya harap cikgu akan menyoalnya atau panggil namanya. Supaya dia memberi perhatian semasa cikgu mengajar.
3] Pastikan apa-apa kerja cikgu beri dia buat atau tulis walaupun lambat.

Memastikan mereka minat belajar kena 
menyuburkan suka ke sekolah dan 
melalui alam persekolahan yang sihat.

Ketika itu cikgu tidak menjanjikan apa-apa namun kata cikgu Abang Bidin dia akan cuba bantunya. Saya tidak memerlukan cikgu lain kerana bagi saya cukup besar nilainya jika ada seorang sahaja boleh bantu saya. Dan saya amat bersyukur kerana cikgu Abang Bidin benar-benar membawa semangat saya untuk menguruskan pelajaran anak saya. Semuga jasa cikgu Abang Bidin ini menjadi saham di akhirat. [Cikgu Abang Bidin telah kembali kerahmatullah disebabkan kanser tahun 2013. AL Fatihah.]

Dari pembacaan, anak saya  mempunyai masalah pembelajaran yang hampir memenuhi 80%  ciri-ciri diaseksia. Disini saya sebutkan masalah yang dilaluinya sahaja:

# Keliru dengan huruf-huruf dan juga nombor. Kadang kala dia mampu menulis dan mengenal dengan baik dan ketikanya ia terlupa dan menulis dengan terbalik.

# Dia sukar menghafal dan memori ingatannya terlalu tidak  kukuh. Dan kerap tertidur iaitu merasa mengantuk walaupun baru beberapa saat membuka buku. Kerap lupa.

# Tidak dapat mengingat lebih dari satu pekara yang diminta untuk dilakukannya. Memberi arahan melakukan kena satu pekara sahaja.

# Degil dan punya pandangan sendiri. Sukar untuk saya memahami nalurinya.

Saya tidak mempunyai banyak hikmah memahami perasaanya dan saya selalu stress apabila sikapnya yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi/respon bila saya mengajarnya. Dia tidak mahu membuka mulut untuk menyebut apa yang saya mahu ajarkan. Malah tidak mahu cuba membuka mulut untuk belajar  menyebut atau mengikut sebutan huruf yang saya ajarkan.. 

Berbagai kaedah saya buat. Dengan warna, dengan kad-kad bergambar. Sambil menyanyi dan ketika itu lagu zaman kanak-kanak "Kereta Merah" cukup popular pada anak saya. Lagu irama 'abc', lagu 'anak-anak Nabi' tidak ketinggalan lagu 'Sayang Allah'. Semuanya sia-sia. 

Saya mula hilang sabar. Jalan pintas adalah saya paksa dia. Ketika itu saya menjadi harimau yang garang atau pemaisuri zalim pada dayang-dayang istana memaksa melakukan pekara yang sukar dan akan mengganas dan menyiksa si dayang.

Mengajar anak kena banyak ILMU
Mendekati anak kena banyak HIKMAH
Mendidik anak kena banyak KASIH SAYANG.

Ketika itu rumah saya tiada rotan. Cubitlah dan pelempang menjadi pilihan. Bila hilang kesabaran saya memukulnya sehingga tangan saya juga lebam dan bengkak. Ketika itu hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya melepaskan geram yang tak mampu di bendung lagi. 

Saya memukulnya dengan tangan agar suatu hari nanti, saya ada bukti pada Allah yang apabila saya memukulnya bukan sahaja dia yang sakit malah saya juga terasa sakitnya.

Bukalah mata hati kita untuk mengenal
siapa mereka di hati kita.

Apabila  mendidik, mengenali watak dan sikap anak-anak adalah penting. Pendidikan akan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu saya melihat dari mata orang dewasa yang mahu mereka boleh bina keyakinnan diri dan membentuk peribadi yang baik.

Pernah suatu ketika  dia bermain basikal dengan adiknya. Saya yang berada dalam rumah mendengar jeritan anak saya yang kuat, meraung memanggil saya. Saya memang pasti ada sesuatu berlaku padanya. Saya pun bergegas keluar rumah, kelihatan adik sedang berjalan itik dan kakak pula berdiri tegak sambil berjalan mengiringi adiknya itu.

"Kenapa?" tanya saya. "Jatuh" jawabnya sambil menunjukkan basikal di dalam longkang. Longkang di kediaman apartmen kami itu tidak lah dalam.  Saya hanya senyum sahaja, lalu saya bertanya pada adiknya. 

"Badah kenapa pulak". Dia tadinya menjerit kini sudah tidak menangis apabila melihat adiknya begitu. "Sakit, tak boleh nak bangun". Saya cuma senyum je. 

Kata saya,"Nanti umi selawat dan gosok minyak, baiklah"."Okey". Pelahan-lahan  badah berjalan untuk naik di tingkat dua rumah kami. 


Kesakitan kecil memberi pengalaman pada  anak-anak
Binakan lah rasa sabar dengan ujian.

Ujian membesarkan anak memang hebat, Saya sedar ketika itu saya abaikan pelajaran anak yang lain. Semasa anak saya di tahun 5 percapaiannya memang merosot dan se orang lagi agak sederhana. Ketika anak-anak menunjukkan markah matematiknya 2/40. Saya terkejut sungguh ketika itu. 

Saya menyemak kerja sekolah anak-anak lain. Saya dapati banyak yang guru  tidak menanda kerja yang telah di buat. Ada kerja yang tidak siap malah tiada semakkan guru. 

Buku latihan yang di beli tidak terusik langsung. Malam itu setelah makan malam dan sohlat isyak saya bertemu empat mata dengan anak saya yang lainnya untuk bertanya mengapa markahnya seperti orang yang tidak belajar langsung. Saya telah terlepas pandang sebenarnya untuk memberi perhatian akademik pada anak yang lain.

Apabila bertemu gurunya di hari prestasi pelajar, saya ajukan pada gurunya kenapa tidak di semak. Guru itu memberi alasan itu bukan subjeknya. Bila saya tanya cikgu mengajar subjek apa? Katanya Sains dan BI [jika saya tidak silap]. Kata saya "Kenapa buku latihan sains tidak terusik langsung".  Kata cikgu yang menjadi guru tahun 5 itu, "Kelas ini pelajarnya lemah puan jadi mereka belajar lambat dan susah untuk mengajar budak-budak begini". 

Ketika itu berdesing telinga saya. "Adilkah cikgu menilai pelajar begini di mana pelajar kelas bodoh tidak perlu disemak kerjanya dan latihan pun ala-kadar sahaja". Saya kecewa dengan guru-guru begini. Mana ada ibubapa yang tidak mahu anaknya berjaya. Saya tidak menyalah guru sepenuhnya tapi jika beginilah sikap seorang pendidik, apa akan jadi pada anak-anak malas belajar dan yang tidak cemerlang dalam akademiknya.

Ibubapa adalah guru pertama serta utama anak-anak,
Persekitaran adalah guru tumbesaran anak-anak,
Guru adalah pemangkin kecemerlangan kejayaan.
Kehidupan itu adalah WADDAH untuk di isi.


Tahun itu memang mengecewakan, tapi di kelas salah seorang anak saya gurunya berinovatif memaklumkan pada saya bahawa anak saya yang ini kena banyak buat latihan dan jika boleh janganlah selalu tidak bawa buku ke sekolah. Ya sebenarnya saya terlepas   pandang menyebabkan ada ketika saya bagai hilang motivasi diri. Kata guru itu lagi, ada markahnya tidak di kira sebab anak saya tidak menghantar folio [kertaskerja]. Semuanya berlaku serentak menyebabkan saya menjadualkan semula aktiviti kerja sekolah anak-anak saya. Mereka belajar dan diajar untuk menguruskan pelajaran mengikut jadual. 

Sejujurnya saya sedar anak saya bukan pelajar cemerlang namun saya tidak mahu memandang ringan kepada masa depan mereka. Saya mahu mereka menggengam Ijazah walaupun itu bukan ukuran sebuah kejayaan dalam kehidupan . Saya mahu anak-anak saya; 
TERPELAJAR DAN BERPELAJARAN.