Kaseh sayang adalah modal untuk kerukunan rumahtangga. Walaupun wanita di kahwini dengan berbagai sebab, namun jadikanlah hidup kita bererti untuk diri kita sendiri untuk menemui pencipta kita. Kitalah penyusun terulung untuk diri kita sendiri.
Di wad ibu bersalin, ibu-ibu merehatkan diri dengan seribu pengalaman berbeza. Saya baru terjaga dari lena setelah melahirkan jam 1.30 tengahari tadi setelah di hantar oleh suami sebelum pergi menunaikan sohlat Jumaat.
"Sekejap ya semua orang buka puasa". Kata jururawat berbangsa cina yang kecil molek itu. "Bila semua sudah masuk boleh tukar" kata jururawat itu. Saya hanya menjawab dengan senyuman sahaja.
Ketika itu saya melahirkan anak ke sembilan, iaitu di bulan ramadhan.
Ketika di bilik bersalin, setelah melahiran jururawat yang bertugas telah memberi segelas susu suam. Inilah kali pertama saya dilayan begini. Syukur rezeki melahirkan anak tidak sama namun saya bersyukur kurniaan Allah taala.

"Alhamdulillah senang puan bersalin" jururawat di bilik bersalin menyapa saya. Saya hanya senyum, terasa mahu lena sahaja ketika itu.
Melahirkan merupakan bermulanya satu perjuangan membawa insan yang akan kita galas tanggugjawab untuk mendidik mereka.
Amanah yang membawa sejuta rahmat kerana anak adalah:
@kebahagiaan & keriangan
@amanah & tanggunjawab
@menghubung kaseh antara Allah swt dan mahluknya.
Bersyukurnya mengharungi alam kehamilan berubah ke dunia kekeluargaan.

Saya tidak dapat wad 'first class' atau 'second class' kerana telah habis tempahannya di hospital Kerajaan. Ketika tahun 90an dokter ketika itu telah meminta saya lahirkan anak di Hospital Kerajaan.
"Sebelum ini saya bersalin di HUKM" kata saya.
"I akan buat surat 'refrence' cuma pergi sekali sahaja untuk ada rekod di sana bila nak melahirkan nanti" Kata Dr Hasnida.
Menurut Dr Hasnida melahirkan di Hospital kerajaan adalah terbaik kerana peralatannya lengkap dengan banyak pakar perubatan. Kebiasaannya ibu yang mempunyai banyak risiko kelahiran dinasehatkan bersalin di Hospital Kerajaan. Menurut Dr Hasnida, saya adalah termasuk ibu yang berisiko untuk melahirkan sebab mempunyai kelahiran yang ramai dan berumur lebih dari 36 tahun.
Melahirkan memerlukan keyakinan diri. Mungkin dari segi perubatan ibu kena sihat, iaitu perlu mengambil pemakanan yang lengkap nuterisinya. Bersenam adalah saranan dokter bagi mengekalkan stemina sepanjang mengandung juga ketika kelahiran.
Saya juga seperti wanita lain sentiasa tidak putus-putus berdoa muga memudahkan kelahiran. Walaupun telah sebelas kali melahiran dan satu keguguran, rasa bimbang berdebar-debar dan cuak tetap ada disetiap kelahiran. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana saya memang takut berdepan dengan saat-saat melahirkan.

Semasa akan kehamilan keempat, suatu pagi saya membangunkan suami, "Abang, bang sakit ni... ana sakit perut" saya mengejutkan suami. "Sakit nak buang air kot" kata suami meredakan kerisuan saya.". Jam di dinding tertera pukul 4 pagi. Saya pun bangun untuk ke bilik air tapi semacam menekat-nekan pulak, fikir saya. Saya terkejut bila melihat banyak darah dilantai. MasyaAllah.
Ketika itu kami menyewa di Kok Lanas. Kami memerlukan 30 min untuk ke Hospital Kota Bharu. Oleh kerana minyak kereta perlu diisi suami ke stesen minyak berdepan dengan kawasan perumahan kami. Ketika itu saya terasa derauan 'air ketuban'.
"Abang air ketuban macam dah 'pecah' ni" Saya memberitahu suami saya. "Tak pe sempat ni" suami saya begitu pasti."Rasa tak sempat bersalin di hospital, nanti bersalin dalam kete pulak" saya mula menitiskan air mata kerana takut.
Melihat air mata saya menitis, suami membuat keputusan mengambil bidan kampung sahaja kerana saya sebelum ini pernah bersalin dengan bidan kampung. Tapi kami tidak tahu nak bertanyakan sesiapa sebab baru dua bulan pindah dari Taman Makmur Macang. Suami saya di tukarkan ke Pejabat baru di Kota Bahru sebagai Penolong Penasehat Undang-Undang Negeri Kelantan.
Suami meminta bantuan jiran kami. Kebetulan kami berjiran dengan bidan iaitu jururawat tentera, Kem Desa Pahlawan Kelantan Kok Lanas. Alhamdulillah anak saya lahir seiring dengan azan subuh di pagi itu.
Pengalaman melahirkan tanpa dokter menggerunkan. Hanya bidan dan jururawat yang bertugas sebab sedang pertukaran bertugas di wad hospital. Saya masih ingat ketika itu jururawat bertugas menjerit, katanya "ibu ini, dah nampak kepala bayi..cepat! cepat!..". Semasa ditolak ke bilik bersalin mereka minta saya tahan jangan 'teran', "Doktor tak ada ni.." "Tak ape, pakai sarung tangan tolong saya" , saya pasti dan berdoa muga itu suara bidan ketika itu. Berderau darah saya, tapi hati tidak putus berselawat berdoa.
Ketika di bilik bersalin jururawat minta saya beraleh katil, tapi saya minta seketika waktu menahan kesakitan. Apabila sedikit reda saya bergerak kekatil disisi untuk menanti melahirkan. Bila beralih katil dan sekali 'push' bayi telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah.

Ada juga kelahiran yang telah keluar lendir berdarah tapi saya tidak ada rasa sakit untuk bersalin. Kata dokter saya perlu rasa sakit untuk membuka 'jalan' bayi keluar. Oleh kerana 'ketuban' telah di pecahkan dokter minta saya apabila rasa sakit sikit cuba untuk 'meneran'.
Ketika kelahiran yang susah atau lambat untuk bayi dilahirkan, 4 orang dokter pakar datang memeriksa saya sebab kebiasaannya ibu anak ramai mudah bersalin, menurut kata dokter. Namun menghadapi kelahiran sukar memperbanyakkan kita mengkoreksi pergantungan kita pada Allah taala. Alhamdulillah bayi selamat juga lahir seperti biasa.
Anak-anak yang lahir selalunya dapat di'qamatkan' bagi anak perempuan dan di'azankan' bagi anak lelaki oleh pihak hospital. Suami akan mengulanginya bila dia datang melawat. Alhamdulillah.
Sepanjang berpantang saya urus sendiri suami isteri. Cuma anak pertama saya balik kampung dalam tempoh berpantang di mana emak membantu sepanjang berpantang 44 hari. Oleh kerana anak kami cucu sulung kepada kedua-dua keluarga, saya bergilir selang seminggu sepanjang berpantang dirumah emak mertua di Taman Peruna, Sungai Udang dan emak sendiri di Bukit baru. Segala pesan emak saya sedayanya ikuti.
Pesanan emak:
1: Jangan aniaya haiwan dan binasakan sesuatu yang ada manafaat.
2: Sentiasa sabar kerana semasa mengandung penat jadi mudah marah dan merungut.
3: Mengidam pekara pelik dan menyusahkan jangan di ikutkan hati.
4: Senangkan [jaga makan minum] suami sepanjang mengandung supaya senang melahirkan anak.
5: Jika letih berehat sebab setiap anak lain ragamnya.
6: Jika tiada bidan minyak panas kena digosok hari-hari.
7: Sarung kaki dan sumbat telinga dengan bawang puteh.
8: Makanan berpantang kena ada halia dan lada hitam.
9: Telor ayam kampung separuh masak akan beri tenaga.
10: Makan ubat mandi pagi petang.
10: Makan ubat mandi pagi petang.
Semasa suami saya berkhidmat di Kelantan mengurut dengan bidan kampung sebelum melahirkan adalah budaya mereka. Bidan kampung telah memberitahu, hanya melihat perut saya bidan itu mengatakan saya akan senang melahirkan anak dan akan mempunyai anak yang ramai. Bidan itu menasehatkan saya menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita. Saya bersyukur dengan keikhlasan bidan kampung yang banyak menurunkan ilmu menjaga kesihatan.
Kata tok bidan yang maseh saya ingat hingga kini, "Muu jagoo menda tuu, kalu doh bergair ngenyar, tok laki gii kok laghin jangge maogho... tokleh nok buek ghapo". "Nih.." sambil menunjukkan 'tunku', "Janggha tingghaa, pahh duo miengguu bulehh loh kejo sikit-sikit".
Menurut bidan kampung dua minggu adalah masa yang cukup untuk 'peranakan kecut dan masuk sarang'. Urat peranakkan terletak pada ibu jari kaki.

Pesanan Bidan kampung.
1: Bertungku buat hari-hari dan dalam tempuh dua minggu 'peranakkan' akan boleh 'kecut' sepenuhnya.
2: Jangan/elakkan makan, makanan yang sejuk dan berangin.
3: Ubat utama untuk dalam berpantang adalah manjakani.
4: Makan ubat/jamu sehingga mengandung yang akan datang.
5; Berbengkung boleh menetapkan kedudukan peranakkan.
6: Jamu atau ubatan tradisional membantu pemulihan dalaman wanita kerana wanita menjalani proses mengandung selama 9 bulan oleh itu perlu memulihkan kesihatan diri.
7: Makanlah makanan yang berkhasiat untuk pulihkan tenaga.
7: Makanlah makanan yang berkhasiat untuk pulihkan tenaga.
tips mengandung:
1: Susun jadual aktiviti seharian supaya tidak mengalami terlalu penat dan stress. (membaca quran)
2: Berusaha tidak selalu menyakiti orang terdekat terutama suami.(beristigfar.)
3: Kasehanilah makhluk Allah seperti tidak menyakiti haiwan-haiwan. [beristigafar dan doa mengelak dari terancam dengan haiwan berbisa]
4: Berusaha menenangkan diri dengan ujian sepanjang mengandung dan belajar menenangkan diri. (berwudhuk).
5: Jangan abaikan sohlat kerana sohlat itu adalah kunci rahmat.
- menenagkan hati
-merehatkan minda
-senaman sendi secara tidak sedar.
-menambah ilmu kerana ibu mengandung akan mempraktikkan sohlat duduk maupun sohlat berbaring jika benar- benar letih.
-Sohlat adalah terapi memfokuskan minda supaya mudah mendidik anak.
No comments:
Post a Comment