"Umi beli bunga api tu". anak-anak meminta pada saya. "Tak usah, nanti balik kampung main dengan Pak Ngah Jo dan Busu Zul". Beritahu saya. Saya sebenarnya tidak mahu menemani mereka bermain bunga api jika mereka beli. Saya semeangnya rasa kurang selesa bila anak-anak membawa pulang 'pop-pop' untuk bermain dengan adik-adiknya. Ada faktor utama adalah kerana baunya yang saya tidak suka dan saya tidak menghalang mereka bermain jika telah membelinya ketika pulang dari sekolah agama pada petangnya. Soal membersihkan belerang yang bertaburan juga akan menambahkan kerja saya.
Anak-anak biar ada yang memerhatikan mereka
walaupun kita tak mampu setiap ketika namun
keselamatan adalah penting.
Anak-anak melalui zaman yang mengembirakan
keselamatan dan bersederhana mewarnai kegembiraan
perlu diterangkan pada mereka.
Ketika itu ramai kanak-kanak bermain bunga api di taman selepas sohlat terawih di bulan ramadhan. Saya sendiri tidak menghalang anak-anak melihat dan bermain dengan rakan-rakan mereka itu. Semasa menempah baju di Kedai Jahit, saya singgah kedai runcit untuk melihat apa-apa yang mungkin menarik di beli untuk anak-anak. Peniaga itu rupanya kenal saya dan berkata, "Anak awak ada hutang dengan kedai saya beli bunga api". Terkejut saya. "Bila?" Saya menyembunyikan rasa marah dan cuba meredakan keadaan. "Dia dan kawan-kawannya selalu datang ke sini beli bunga api," kata pekedai itu lagi" hari tu anak awak ambil bunga api, katanya nanti dia bayar" Ketika itu saya pun mulalah panas telinga. "Macam mana awak boleh beri budak sepuluh tahun berhutang. Bunga api pulak tu bukan makanan?". Peniaga itu saya tak ingat kata apa ketika itu, tapi, dalam serba salah dia berkata "Manalah saya tahu, dia kata nak bayar". "Nantilah saya tanya anak saya".Kata saya. Tanpa melunaskan hutang RM30. itu saya pun angkat kaki meninggalkan kedai itu dengan hati yang bengkak.
Anak-anak menjalani berbagai situasi dengan rakan
Cabaran mereka juga banyak dengan kawan
Alangkah baiknya jika kita tahu apa yang mereka fikir.
Sampai di rumah saya menyediakan makan tengahari untuk mereka pulang ke sekolah. Dalam hati saya lebih marahkan pekedai itu berbanding anak saya. Tapi dalam fikiran saya bagaimana pekedai itu yakin anak saya akan bayar duit bunga api yang dihutangnya. Mungkin dia mengenali saya dan mudah untuk dia menuntut hutang. Tapi mestilah budak yang berhutang akan dimarahi jika ibubapa mengetahui anak mereka berhutang. Entahlah, macam-macam pekara yang anak-anak boleh lakukan tanpa pengetahuan kita. Berbagai-bagai saya fikir ketika itu.
Mendidik memerlukan ilmu
Mendidik memerlukah hikmah
Mendidik memerlukan kesabaran.
Seperti biasa selepas makan dan sohlat zuhur, mereka akan bersiap ke sekolah agama waktu petang.
Saya dah tidak sabar bertanya hal hutang itu."Ni umi tak tahu betul ke ada hutang bunga api" Saya terus bertanya pada anak saya. Mereka diam. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. "Best sangat ke bunga api itu" saya melepaskan geram. "Kan umi kata main di kampung nanti, bukan tak bagi main." Kecik je saya lihat anak saya rasa nak picit-pict mereka. Memalukan saya betul ketika peniaga itu kata anak saya berhutang. Saya menyambung lagi geram melihat mereka tu. Kata saya," Ini kalau abuya tahu, padan muka ". Semuanya sunyi sepi membatu.
Rotan bukan penyelesaian
Marah akan mengelirukan mereka
Katakah sesuatu untuk mereka berfikir.
"Makcik tu kata kawan-kawan ambil bunga api dan minta kamu bayar. Betul ke" Anak saya jawab pendek je"Haa" Geram betul masa tu. Tiba-tiba kakaknya menjawab,"Dia pun nak main sama umi". Saya menahan kemarahan, berfikir, apakah yang harus saya lakukan.
Ibubapa kena melihat bentuk kesalahan
Besar atau Kecil, dari sudut Syariatnya
Falsafah kehidupan dengan umur dan
adakah ini kesalahan ke berapa?
"Okey, mulai esok, umi nak kamu bayar seringgit sehari dengan duit belanja sekolah." "Kalau tak cukup dengan baki duit tu bawa bekal". "Faham tak!" Jerit saya. "Fahammm" perlahan bunyinya. "Esok, pergi jumpa mak cik tu kata, nak bayar seringgit tiap-tiap hari sehingga habis hutang tu"."Ya" Jawabnya pendek.
Peristiwa ini pun menjadi topik jenaka bila mereka bercerita kenakalan zaman kecik-kecik dahulu. Anak-anak bila dewasa mereka akan lihat kesalahan itu dan denda yang kita kenakan padanya. Sukar atau tidak mereka menerima hukuman itu biarlah mereka berfikir suatu hikmah disebalik kesalahan ketika itu. Denda yang di kenakan mestilah sesuai dengan umur dan kesalahan mereka.
Menghukum tanpa melihat kesannya
menghilangkan rasa hormat dan sayang
umpama rasa kaseh kita pada mereka
menjadi titik kemaafan.
No comments:
Post a Comment