"Anak puan tidak boleh mengenal dan menulis ABC." Berderau darah saya bila diberitahu oleh guru kelas tahun 1. Kata guru kelas, "Anak puan itu kena masuk kelas LEMBAM". Saya benar-benar terkejut... saya terdiam.
Saya mencari kekuatan dan berkata,"Bagaimana cikgu boleh kata begitu?" Saya cuba menarik nafas. Setakat yang saya usahakan, anak saya dah boleh mengenal abc malah boleh membaca suku kata mudah. Saya memberitahu kedudukan sebenar tentang anak saya.
Cikgu terus berkata, "Tapi puan sepatutnya murid-murid yang hendak dimasukkan ke tahun 1 telah boleh membaca, menulis dan mengira". "Mereka sepatutnya dah belajar di tadika lagi" Cikgu yang berkulit hitam manis itu bagai terus menyatakan ketegasan sebagai seorang guru.
"Puan tidak boleh meletakkan kelemahan anak puan untuk di ajar oleh kami, guru tahun 1. Kami bukan untuk ajar abc. Anak puan sememangnya tidak kenal abc pun".

Ketika itu bagai satu gunung telah menghempap benak fikiran saya. Di bulan disember saya telah membuat ulang kaji kepada anak-anak supaya mengingati semua pelajaran di tadika. Iaitu sebagai persediaan kembali sekolah, masuk tahun 1.
# Mengingatkan mengukuhkan kemahiran membaca menulis perlu untuk memulakan alam sekolah,.
# Saya cuba membantu anak saya mengulangkaji pelajarannya sebelum mereka mendaftar tahun 1.
# Saya mahu mereka tidak rasa malu dan tertinggal semasa belajar.
Malam itu saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan guru tuition di rumah. Oleh kerana ketika itu tuition tidak begitu meluas, saya bertemu jiran saya yang juga guru sekolah itu untuk mengajar anak saya.
Dari hari ke sehari saya lihat dia mula malas ke sekolah. Dia susah untuk bangun pagi malah selalunya saya kena mandikan dia juga menyarungkan baju untuk ke sekolah.
Saya mula memeriksa kerja-kerja sekolah yang dia kena buat. Hasilnya saya lihat dia memang sukar menyiapkan kerja sekolah. Buku matematik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bercampur-campur. Anak saya keliru mengenal buku mana yang sepatutnya untuk sesuatu pelajaran. Anak saya tidak memahami apa-apa yang dia belajar di sekolah.
Di tempat tuition saya lihat dia tidur tanpa menghiraukan arahan guru tuition. Begitu juga di kelas mengaji, ustazah memberitahu, semasa sedang baca IQRA' dia akan tertidur. Tahun 1997 mengaji menggunakan IQRA' adalah baru. Oleh itu kami tidak dapat mengajar anak-anak mengaji sendiri di rumah.
Dan saya mula sedar atau ertikata lain, bahasa yang saya guna ialah anak saya "FOBIA DENGAN BUKU".

Membantu memupuk minat belajar
adalah tanggugjawab ibubapa.
Kelas Tuition maseh berjalan dan kelas mengaji maseh diteruskan. Saya mengambil keputusan berjumpa guru yang di sukai oleh anak saya iaitu cikgu Abang Bidin. Hasil dari perbincangan dengan cikgu Abang Bidin ,saya minta tiga pekara sahaja :
1] Dalam kelas pastikan dia menggunakan buku yang betul. Iaitu jika buku BM pastikan dia mengeluarkan buku BM.
2] Setiap kali cikgu masuk mengajar saya harap cikgu akan menyoalnya atau panggil namanya. Supaya dia memberi perhatian semasa cikgu mengajar.
3] Pastikan apa-apa kerja cikgu beri dia buat atau tulis walaupun lambat.
Memastikan mereka minat belajar kena
menyuburkan suka ke sekolah dan
melalui alam persekolahan yang sihat.
Memastikan mereka minat belajar kena
menyuburkan suka ke sekolah dan
melalui alam persekolahan yang sihat.
Ketika itu cikgu tidak menjanjikan apa-apa namun kata cikgu Abang Bidin dia akan cuba bantunya. Saya tidak memerlukan cikgu lain kerana bagi saya cukup besar nilainya jika ada seorang sahaja boleh bantu saya. Dan saya amat bersyukur kerana cikgu Abang Bidin benar-benar membawa semangat saya untuk menguruskan pelajaran anak saya. Semuga jasa cikgu Abang Bidin ini menjadi saham di akhirat. [Cikgu Abang Bidin telah kembali kerahmatullah disebabkan kanser tahun 2013. AL Fatihah.]
Dari pembacaan, anak saya mempunyai masalah pembelajaran yang hampir memenuhi 80% ciri-ciri diaseksia. Disini saya sebutkan masalah yang dilaluinya sahaja:
# Keliru dengan huruf-huruf dan juga nombor. Kadang kala dia mampu menulis dan mengenal dengan baik dan ketikanya ia terlupa dan menulis dengan terbalik.
# Dia sukar menghafal dan memori ingatannya terlalu tidak kukuh. Dan kerap tertidur iaitu merasa mengantuk walaupun baru beberapa saat membuka buku. Kerap lupa.
# Tidak dapat mengingat lebih dari satu pekara yang diminta untuk dilakukannya. Memberi arahan melakukan kena satu pekara sahaja.
# Degil dan punya pandangan sendiri. Sukar untuk saya memahami nalurinya.
Saya tidak mempunyai banyak hikmah memahami perasaanya dan saya selalu stress apabila sikapnya yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi/respon bila saya mengajarnya. Dia tidak mahu membuka mulut untuk menyebut apa yang saya mahu ajarkan. Malah tidak mahu cuba membuka mulut untuk belajar menyebut atau mengikut sebutan huruf yang saya ajarkan..
Berbagai kaedah saya buat. Dengan warna, dengan kad-kad bergambar. Sambil menyanyi dan ketika itu lagu zaman kanak-kanak "Kereta Merah" cukup popular pada anak saya. Lagu irama 'abc', lagu 'anak-anak Nabi' tidak ketinggalan lagu 'Sayang Allah'. Semuanya sia-sia.
Saya mula hilang sabar. Jalan pintas adalah saya paksa dia. Ketika itu saya menjadi harimau yang garang atau pemaisuri zalim pada dayang-dayang istana memaksa melakukan pekara yang sukar dan akan mengganas dan menyiksa si dayang.
Mengajar anak kena banyak ILMU
Mendekati anak kena banyak HIKMAH
Mendidik anak kena banyak KASIH SAYANG.
Ketika itu rumah saya tiada rotan. Cubitlah dan pelempang menjadi pilihan. Bila hilang kesabaran saya memukulnya sehingga tangan saya juga lebam dan bengkak. Ketika itu hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya melepaskan geram yang tak mampu di bendung lagi.
Saya memukulnya dengan tangan agar suatu hari nanti, saya ada bukti pada Allah yang apabila saya memukulnya bukan sahaja dia yang sakit malah saya juga terasa sakitnya.
Bukalah mata hati kita untuk mengenal
siapa mereka di hati kita.

Apabila mendidik, mengenali watak dan sikap anak-anak adalah penting. Pendidikan akan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu saya melihat dari mata orang dewasa yang mahu mereka boleh bina keyakinnan diri dan membentuk peribadi yang baik.
Pernah suatu ketika dia bermain basikal dengan adiknya. Saya yang berada dalam rumah mendengar jeritan anak saya yang kuat, meraung memanggil saya. Saya memang pasti ada sesuatu berlaku padanya. Saya pun bergegas keluar rumah, kelihatan adik sedang berjalan itik dan kakak pula berdiri tegak sambil berjalan mengiringi adiknya itu.
"Kenapa?" tanya saya. "Jatuh" jawabnya sambil menunjukkan basikal di dalam longkang. Longkang di kediaman apartmen kami itu tidak lah dalam. Saya hanya senyum sahaja, lalu saya bertanya pada adiknya.
"Badah kenapa pulak". Dia tadinya menjerit kini sudah tidak menangis apabila melihat adiknya begitu. "Sakit, tak boleh nak bangun". Saya cuma senyum je.
Kata saya,"Nanti umi selawat dan gosok minyak, baiklah"."Okey". Pelahan-lahan badah berjalan untuk naik di tingkat dua rumah kami.

Kesakitan kecil memberi pengalaman pada anak-anak
Binakan lah rasa sabar dengan ujian.
Binakan lah rasa sabar dengan ujian.
Ujian membesarkan anak memang hebat, Saya sedar ketika itu saya abaikan pelajaran anak yang lain. Semasa anak saya di tahun 5 percapaiannya memang merosot dan se orang lagi agak sederhana. Ketika anak-anak menunjukkan markah matematiknya 2/40. Saya terkejut sungguh ketika itu.
Saya menyemak kerja sekolah anak-anak lain. Saya dapati banyak yang guru tidak menanda kerja yang telah di buat. Ada kerja yang tidak siap malah tiada semakkan guru.
Buku latihan yang di beli tidak terusik langsung. Malam itu setelah makan malam dan sohlat isyak saya bertemu empat mata dengan anak saya yang lainnya untuk bertanya mengapa markahnya seperti orang yang tidak belajar langsung. Saya telah terlepas pandang sebenarnya untuk memberi perhatian akademik pada anak yang lain.

Apabila bertemu gurunya di hari prestasi pelajar, saya ajukan pada gurunya kenapa tidak di semak. Guru itu memberi alasan itu bukan subjeknya. Bila saya tanya cikgu mengajar subjek apa? Katanya Sains dan BI [jika saya tidak silap]. Kata saya "Kenapa buku latihan sains tidak terusik langsung". Kata cikgu yang menjadi guru tahun 5 itu, "Kelas ini pelajarnya lemah puan jadi mereka belajar lambat dan susah untuk mengajar budak-budak begini".
Ketika itu berdesing telinga saya. "Adilkah cikgu menilai pelajar begini di mana pelajar kelas bodoh tidak perlu disemak kerjanya dan latihan pun ala-kadar sahaja". Saya kecewa dengan guru-guru begini. Mana ada ibubapa yang tidak mahu anaknya berjaya. Saya tidak menyalah guru sepenuhnya tapi jika beginilah sikap seorang pendidik, apa akan jadi pada anak-anak malas belajar dan yang tidak cemerlang dalam akademiknya.

Ibubapa adalah guru pertama serta utama anak-anak,
Persekitaran adalah guru tumbesaran anak-anak,
Guru adalah pemangkin kecemerlangan kejayaan.
Kehidupan itu adalah WADDAH untuk di isi.
Tahun itu memang mengecewakan, tapi di kelas salah seorang anak saya gurunya berinovatif memaklumkan pada saya bahawa anak saya yang ini kena banyak buat latihan dan jika boleh janganlah selalu tidak bawa buku ke sekolah. Ya sebenarnya saya terlepas pandang menyebabkan ada ketika saya bagai hilang motivasi diri. Kata guru itu lagi, ada markahnya tidak di kira sebab anak saya tidak menghantar folio [kertaskerja]. Semuanya berlaku serentak menyebabkan saya menjadualkan semula aktiviti kerja sekolah anak-anak saya. Mereka belajar dan diajar untuk menguruskan pelajaran mengikut jadual.
Sejujurnya saya sedar anak saya bukan pelajar cemerlang namun saya tidak mahu memandang ringan kepada masa depan mereka. Saya mahu mereka menggengam Ijazah walaupun itu bukan ukuran sebuah kejayaan dalam kehidupan . Saya mahu anak-anak saya;
TERPELAJAR DAN BERPELAJARAN.
TERPELAJAR DAN BERPELAJARAN.
No comments:
Post a Comment