"umi comelnya anjing tadi" "Dekya usap bulunya lembutlah umi" "Dia diam je. comel". Saya hanya diam seketika. "Esok kita pegi lagi nak. Tengok anjing tu lagi" terdengar anak saya berbual ketika balik dari taman permainan.
Kakaknya yang berjalan seiring dengannya berkata"dekya ni berani nya, nanti kena gigit baru tauu". Saya dekya menyambung menyatakan kegembiraannya "Tak lah anjing tu baik. Tuan dia Cina tu tak marah pun kat dekya".
Pendedahan anak-anak dengan persekitaran perlu
agar kesihatan dan keselamatan diutamakan .

Ketika itu saya sedang mengambil baju yang telah kering diampaian depan rumah. Anak-anak berlari-lari balik dari taman permainan di perumahan kediaman kami. Taman yang hanya selang empat rumah sememang dekat dan mudah mereka berulang bermain-main adik beradik. Kediaman kami di situ ramai warga cina,. Jiran kami yang tinggal sekeluarga iaitu ada nenek tua yang begitu rajin menemani cucu perempuannya bermain di depan rumah.
Mengetahui hukum dan
cara mengendalikan kesejahteraan keluarga
adalah asas membentuk kepekaan murni rumahtangga.
Mengetahui hukum dan
cara mengendalikan kesejahteraan keluarga
adalah asas membentuk kepekaan murni rumahtangga.
"Dekya pegang anjing ke?" Anak-anak saya terdiam. Mungkin nada saya bertanya tu nada kuat juga terlihat nada marah."Kenapa biar adik pegang anjing najis". Saya bersuara menunjukkan nada yang nampak keras pada anak-anak.
"Kami tak nampak pun tiba-tiba dekya kata dia pegang anjing" kata kakaknya yang membela diri takut di marahi saya, "Anjing tu besar ke kecik", tanya saya.
"Entah" kata kakak nya yang lain. Dekya dengan kegembiraan berkata, "Anjing tu tak marah bila dekya pegang". "Anjing kecik umi ada cina pompuan bawa dengan tali" Beritahu kakaknya yang lain.
Ahh lega rasanya bukan anjing berkeliaran di taman itu. Semestinya rasa bimbang sebab haiwan yang berkeliaran biasanya kotor dan tidak mendapat jagaan yang baik bimbang 'Virus anjing gila'. Namun apa yang menjadi permasalahan nya adalah ianya najis muallaza iaitu najis berat dalam feqh.

# Mualaza [anjing dan babi serta sekutunya]
# Muafafa [kotoran seperti bangkai dan najis haiwan, muntah, darah dan sebagainya]
# Mutawasitta [air kencing kanak-kanak lelaki yang umurnya sebelum 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja]
Saya pun terus bergeges mengambil tanah di hujung halaman rumah. Tanah itu saya campurkan sedikit air untuk menjadi air tanah. Saya pun membasuh tangan dan kaki dekya dengan air tanah [1 kali] dan air paip [6 kali]. Setelah itu saya mandikan dekya seperti biasa dengan sabun mandi mereka. Sebenarnya saya mengambil pendekatan yang lebih selesa iaitu anak saya terkena air liur anjing. Oleh itu saya menyucikannya.
Belajar menyucikan Najis ilmu Feqh yang asas
Wajib dalam membina Keluarga Islam.
Sebagai berjiran dengan bangsa cina, anak-anak dan jiran kami selalu bertukar makanan seperti biskut yang juga biasa kami beli di pasaraya. Sesekali saya akan memberi jiran saya buah rambutan dan langsat dari kampung sebagai budi bahasa berjiran.
Pada suatu ketika pernah anak jiran kami memberi nuget goreng. Oppss. Kebetulan sahaja anak sulung saya bertanyakan pada saya kerana mungkin dia pernah belajar di sekolah . "Umi boleh makan ke?" Sebelum ini dia juga pernah tanya mengenai biskut yang diberikan oleh jiran berbangsa cina selalu menghadiahkan makanan yang di beli. Saya kata "Boleh sebab biskut".

Menjaga hati jiran wajib
Tapi jangan gadaikan Hukum.
Alhamdulillah sebelum ini pernah saya beritahu anak-anak biskut, roti, buah juga makanan yang biasa boleh di beli pada asasnya boleh di makan. Tapi masakan atau makanan yang mereka masak atau goreng tidak boleh. Saya pun menggelengkan kepala sebab tak berani bersuara bimbang didengari oleh neneknya di situ. Anak saya memberikan nuget itu pada saya dan saya terpaksa membuangnya atas sebab tidak pasti minyak atau kuali yang di gunakan untuk menggoreng.
"Yakin Halal makan lah
Tidak pasti Halal jangan makan.
Supaya hati tidak gelap"
Makanan yang subahah adalah menjadi keutamaannya
dielakkan dari memakannya.
Apabila membeli barang keperluan anak-anak perihatin tentang logo halal. Anak-anak memang cerdik untuk menilai dan merealisasikan pekara baik yang mereka pelajari di sekolah. Ketika ini adalah mudah juga kita memastikan makanan itu mempunyai kandungan yang tidak sesuai dengan kesihatan. Kebiasaannya mereka lebih peka dalam menilai logo yang sah yang dikeluarkan JAKIM. Dan saya selalu memerhatikan tarikh luput makanan agar selamat dan sehat.
MAKANAN SUCI MENJADI DARAH DAGING KITA.
MAKANAN SUCI MENJADI DARAH DAGING KITA.
No comments:
Post a Comment